Tuesday, December 30, 2008

Khairi kalah dan tak puas berdebat.

assalamualaikum,
sebagaimana debat antara anwar ibrahim dan shabbery chik julai lalu.. wacana perdana husam musa, khairi jamaluddin,prof aziz bari juga tidak kurang hebatnya. lantas yang tercungkil dari wacana ini adalah isu hudud yang dicanang oleh media perdana sebagai hasrat PAS yang mengundang marah dari DAP. sekali lagi isu kerapuhan pakatan rakyat di gembar gemburkan, Samy yang lama diam dulu pun bersuara. Samy minta Anwar tetapkan pendirian tentang hudud, khairy yang boleh dikira tewas dalam wacana perdana pula bingkas berkata husam tiada prinsip apabila kenyataan beliau setelah digertak DAP sebagai goyah dan takut. sememangnya Khairy begitu.. dia seakan tak puas disindir dan tewas hujah dalam wacana perdana lalu mengambil peluang di media perdana. lantas namanya kembali berada di carta atas ahli Umno. kononnya dia pandai menghukum hujah lawan.. nak tergelak rasanya bila utusan cuba membela dan melonjakkan Khairy sebagai wira dengan hujah-hujah yang rapuh. sedangkan yang nyata Khairy teruk diasak bukan sahaja oleh Husam malah oleh Prof Aziz Bari juga. Isu Hudud hanyalah untuk menunjukkan kononnya Khairy berjaya memerangkap Husam. Isu-isu lain yang bergema dalam wacana itu dibiarkan tenggelam dari pengetahuan umum. itulah tugas media perdana, bukan melapor yang betul tapi melapor untuk kepentingan umno. kesimpulan penulis hanyalah satu... Khairy tewas dan malu, hudud yang bergema hanyalah untuk menutup malu Khairy jamaluddin @ menantu tercinta PM Pak Lah.

Thursday, May 22, 2008

POLITIK BALAS DENDAM UMNO

Assalamualaikum w.b.t.....
semalam saya menonton siaran langsung sidang parlimen melalui tvpas. waktu itu yang berucap(menjawab soalan) ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Noh Omar. sewaktu ditanya oleh MP Batu Gajah tentang peralihan peruntukan oleh kerajaan pusat malalui SEDC kepada MARA. Beliau menjawab bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak mahu bersubahat dengan Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan janji-janji manifesto Pakatan Rakyat yang tidak mampu dilaksanakan. persoalannya ialah kalaupun kerajaan Barisan nasional tidak mahu "bersubahat" dengan kerajaan pakatan rakyat berilah peluang dan ruang untuk pakatan rakyat melaksanakan janji-janji pilihanraya mereka.
Sememangnya banyak lagi tindakan-tindakan politik balas dendam yang dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap rakyat.antara yang paling nyata dan mendukacitakan ialah wang royalti yang ditarik balik oleh kerajaan BN daripada kerajaan terengganu yang pada waktu itu di tadbir oleh PAS. akibatnya sampai sekarang apabila kerajaan beralih tangan kerajaan terengganu terlopong menggigit jari melihat wang ihsan dipegang pihak lain.tiada lagi wang royalti. inilah bahana politik balas dendam Umno. dalam sidang parlimen 5 mei lalu satu lagi tindakan politik balas dendam umno yang cuba dibuat oleh umno. seorang MP Umno mencadangkan agar projek menyalurkan air dari Pahang ke Selangor dibatalkan kerana Kerajaan Selangor sekarang sudah tidak berminat tentang projek itu. satu lagi tindakan politik balas dendam umno ialah kenyataan Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang meminta agar kerajaan membatalkan semua projek yang dirancang di Pulau Pinang kerana rakyat tidak mahu kepada pembangunan itu.
Inilah antara bukti-bukti politik balas dendam yang terzahir dari sikap umno. sudah nyata bahawa Umno tidak pernah berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk kepentingan peribadi..
jadi sebagai warga yang sayangkan negara dan berjuang untuk rakyat. janganlah lagi kita tertipu dengan UMNO.

Monday, May 12, 2008

ISLAM,MELAYU,PAS DAN UMNO

Sudah 2 bulan lebih pilihanraya umum ke 12 berlalu..kesan tsunami politik masih ada dimana-mana..hari ini tiada negeri yang sifar pembangkang..semua negeri ada pemerintah dan pembangkang. Ini satu fenomene yang cukup menarik berlaku selepas PRU 12 lalu. Demokrasi yang agak suram empat tahun lalu kembali subur malah berbuah lebat. Meskipun masih ada cacat cela riak kecewa di wajah Pengerusi SPR sewaktu mengumumkan keputusan PRU kali ini. Penulis tersenyum sendiri melihat wajah kecewa beliau seolah kecewa tewas dalam bertanding.

Pasca pilihanraya dan Pra pilihanraya suasananya cukup berbeza, namun sikap dan perangai kerajaan yang memerintah Negara masih lagi sama. Sikap mendabik dada dan angkuh masih terdedah disana-sini. Media arus perdana masih lagi rakus menghebahkan keburukan pembangkang dan kegagalan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Yang elok sekarang adalah 8 negeri yang ditadbir BN dan yang buruk dan busuk adalah 5 negeri yang ditadbir PR.

Saban malam kita dihidangkan berita tentang ketuanan melayu,tidak cukup dengan itu akhbar-akhbar arus perdana saban hari mencetak berita yang sama.malah artikel dan surat pembaca turut dilacurkan dengan isu yang sama. Yang bersalah tentunya ditujukan pada barisan pembangkang yang menyusutkan kuasa UMNO yang mereka anggap pembela Melayu tulin. Betapa taksubnya mereka dengan melayu sehingga mereka melupakan tentang Islam..Islam dikesampingkan dengan diletakkan dihunjung perkataan Melayu maka jadilah ia MELAYU ISLAM.. pada pandangan mereka Melayulah yang menjaga Islam bukan sebaliknya. Betapa bimbangnya mereka andai maruah melayu tergadai..betapa takutnya mereka andai melayu hilang kuasa politik.

Realitinya pada pendapat penulis..maruah melayu sudah lama tergadai…kuasa politik melayu juga sudah lama terhakis..dan mereka hanya menyedari semua itu selepas pilihanraya ini, malangnya tidak ada tindakan yang UMNO lakukan untuk kepentingan Melayu. UMNO masih lagi berdongdang sayang dengan lagu yang sama. UMNO hanyalah parti yang suka salah menyalah.UMNO hanyalah parti yang merebut kuasa. Pada masa yang sama maruah Melayu kian tergadai. Inikah yang dikatakan pejuang melayu tulin? Pejuang melayu apa kalau Bahasa Melayu sendiri dihina? Pejuang Melayu apa kalau tulisan warisan melayu tulisan jawi dipandang sebagai tulisan kemunduran? Pejuang melayu apa yang saban malam,saban minggu dan saban bulan membiarkan sahaja anak-anak muda malayu hanyut dengan hibuaran dan konsert sana-sini.

Kalau melayu pun UMNO tidak boleh jaga dan pertahankan,apalagi nak diharapkan untuk menjaga Islam. Alamatnya jauh panggang dari api. Islam bagi umno hanya hadir di khutbah jumaat,Islam bagi UMNO hanya hadir di sambutan dan perayaan agama, Islam bagi UMNO hanyalah terdapat di masjid-masjid. Rakyat hanya diajak mengenal Isam Hadhari bukan Islam warisan Nabi. Malangnya pula Islam Hadhari inipun hanya laku di Jabatan Agama sahaja. Nak dibawa keluar dan perkenalkan di jabatan lain tidak ada sambutan. Justeru jadilah gejala rasuah terus subur,gejala social terus membarah dan anak-anak muda terus hanyut. Itulah kegagalan UMNO.

Alangkah eloknya andai UMNO yang mewakili 3 juta orang melayu tidak meminggirkan Islam. Alangkah eloknya juga andai UMNO berhenti berlagak bijaksana dan genius. Kebijaksanaan tidak akan kemana seandainya tidak disertai dengan hati yang tulus ikhlas berjuang kerana Allah, kerana Islam dan kerana Melayu.

Penulis merasakan, setelah melihat apa yang berlaku kepada UMNO, jelas sekali UMNO sedang nazak,dan apalagi yang boleh orang melayu harapkan dari seorang yang sedang nazak selain mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah agar tenang pulang menghadap Allah. Buatlah apa sekalipun, usia UMNO sudah 62 tahun sekarang. Akibat terlalu banyak penyakit kronik yang melanda UMNO sekarang. Sudah sampai masanya UMNO berkubur. Bawalah doktor sehebat mana sekalipun UMNO tidak akan mampu sembuh lagi. Apatah lagi sekarang tidak ada seorangpun doktor yang hebat dalam UMNO. Yang ada hanyalah doktor-doktor tua yang sedang sakit juga. Maka ketika itu orang melayu sudah tidak boleh mengharapkan UMNO lagi.

Jika UMNO tidak boleh diharapkan lagi, siapa pula yang akan menggantikannya?

Sudah terang lagi bersuluh, Parti kedua terbesar Melayu yang tidak pernah meminggirkan Islam malah Islamlah tunjang utama perjuangannya. PAS adalah pilihan terbaik untuk orang melayu sekarang, PAS bukan lagi parti lemah,PAS juga bukan lagi parti ustaz-ustaz sahaja tapi merekalah yang mengasakan parti ini malah mereka jualah yang menguatkan parti ini. Sekarang kalau ada 10 orang ustaz sudah barang tentu 9 daripada mereka dalah penyokong PAS. Walaupun tidak dizahirkan itulah hakikatnya. Yang seorang lagi mungkin sudah hanyut dengan janji-janji manis UMNO ataupun sudah terpesona dengan kebijaksanaan rekaan UMNO. PAS sekarang sudah semakin kuat, bukan orang biasa yang menjadi calon PAS. Tokoh-tokoh pemikir dan ilmuan serta mereka yang professional terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perjuangan PAS. Mereka sudah tidak sanggup lagi melihat UMNO memerintah.

PAS juga semakin gagah sekarang,semakin boleh diterima oleh pelbagai kaum. PAS menjadikan dakwah Islam semakin hampir dengan kaum bukan Islam. Sememang itulah kehebatan Islam dan kerana Islamlah PAS semakin diterima. Apakah kita masih mahu terkonkong dan terkurung dengan ideology kebangsaan dan nasionalisme semata-mata sedangkan agama itu menjangkau dan melepasi sempadan kaum. Memang kita mahu menjaga kaum kita tapi jangan sampai kita prasangka dan memusuhi kaum lain. Mereka juga makhluk Allah. Andainya UMNO masih mempertahankan idealogi kebangsaan mereka nescaya meraka akan semakin terasing dengan dunia politik hari ini. Kalau dengan dunia politik pun sudah terasing bagaimana lagi UMNO ingin menguasai politik Malaysia? Semuanya nyata UMNO semakin tidak relevan dan PAS lah ganti yang paling sesuai. Justeru, ayuh ummat melayu jangan kita lupakan Islam kerana dengan Islamlah kita kuat,dengan Islamlah kita dipandang mulia dan dengan Islam jualah kita menguasai poltik Negara.

Perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia bererti juga kita ingin mengmbalikan keperkasaan dan kehebatan melayu. Andainya semakin kita meminggiri Islam nescaya semakin jauh kita dengan “KETUANAN MELAYU”