Sunday, May 23, 2010

Takaful dan Anda!!

Seringkali kita dengar dan kerapkali kita dengar dan lihat tentang penderitaan masyarakat akibat tidak bersedia menghadapi musibah, ada ramai orang hidup senang tapi banyak hutang kerana mereka berpegang pada prinsip bodoh dalam kehidupan iaitu, "biar papa asal bergaya".. justeru kita dapat lihat berlambak-lambak orang yang kesenangannya hanya sementara dan tidak dapat diwarisi oleh anak-anak bahkan membebankan anak-anak dan pasangan pula apabila dia sudah tidak ada lagi di muka bumi ini..
Bercakap tentang Takaful ataupun Insurans ramai orang memandang sinis tentang keperluannya kepada masyarakat... ini berlaku kerana kebanyakan dari kita hanya memikirkan kehidupan yang singkat dan tidak bersedia untuk menghadapi musibah dan bencana yang bakal menimpa..seperti kemalangan, penyakit kritikal, mahupun kematian.
Kenapa kita memerlukan takaful?
Ada banyak sebab yang menjadikan takaful sekarang sebagai keperluan kepada kita malah sebanarnya lebih perlu kita mempunyai takaful berbanding kereta..antaranya setiap kereta di atas jalanraya di malaysia memerlukan roadtax yang mewajibkan setiap kereta itu ada perlindungan takaful/insurans.. setiap orang yang ada kereta sudah tentu lebih memerlukan takaful berbanding keretanya sendiri.. seandainya suatu kemalangan berlaku adakah logik sekiranya kereta rosak boleh dibaik pulih dengan wang takaful sedangkan pemandu kereta yang terlantar di hospital tidak mendapat apa-apa.ataupun mendapat sedikit sahaja dari wang takaful berbanding kos baik-pulih kereta... sekiranya kereta pun ada takaful. tuan kereta tidak ada takaful.. siapa pula yang akan membayar kereta itu sekiranya tuan kereta meninggal dengan tiada meninggalkan wang walau sesen pun? akhirnya kereta kena tarik oleh bank..
Ada sesetengah orang berdalih dengan mengatakan dia tidak memerlukan takaful kerana sudah memiliki wang simpanan yang banyak di bank.. ini adalah sikap mementingkan diri yang sangat bahay dalam pemikiran orang kita sekarang... duit yang dia ada itu disangkanya boleh memberi manafaat yang banyak kepada dirinya sedangkan sedekah dan amal jariah adalah antara yang boleh menemani kita bila kita meninggal dunia nanti..
jadikanlah penyertaan kita dalam skim takaful sebagai satu jalan untuk kita bersedekah kepada yang memerlukan tanpa kita sendiri tidak mengenali penerima sedekah tersebut dan sebaliknya penerima juga tidak kenal kita..ini adalah sedekah yang paling baik kerana "tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu" inilah sedekah yang sebenarnya telah disediakan caranya oleh syarikat-syarikat takaful yang sering kali kita perlekehkan.. justeru itu bagi meningkatkan ekonomi ummat Islam dan MELAYU marilah kita sama-sama menyertai skim takaful ini yang bantu-membantu sesama kita...semoga tidak ada lagi kita lihat ramainya saudara mara kita yang menderita akibat ketidak mampuan mereka menghadapi kesusahan hidup hanya kerana tidak beringat ketika senang...

sebagimanaa sabda nabi yang mana mafhumnya: " Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara, saat sihat sebelum sakit, saat muda sebelum tua, saat kaya sebelum miskin, saat lapang sebelum sempit dan saat hidup sebelum mati"... Justeru sebagai ummat Islam kita seharusnya lebih mengetahui perkara ini berbanding bangsa lain..dan sudah tentu sepatutnya jika kita mengamalkan semua ini kita tidak akan miskin dan susah.
sekian..

Friday, May 14, 2010

Cabaran Pertama!

Assalamualaikum,
ingin ku nukilkan pengalaman pertamaku dalam menyampaikan ilmu Allah. pengalaman yang mendebarkan,melucukan pun ada..sedih apatah lagi...

malam tadi, aku ke surau sebagaimana biasa, surau tu dekat sahaja dengan rumahku, rumahku yang baru kudiami setelah berpindah... aku dikira jemaah baru di surau tersebut. maklumlah baru dua bulan kat situ, aku jarang ke surau ni sebab tak ada aktiviti keagamaan sangat. biasa aku ke masjid ataupun surau yang agak jauh sikit dari surau taman aku ni..sebab aktiviti kuliahnya banyak.jadi dapatlah menimba ilmu serba sedikit... sesampai di surau kulihat hanya ada seorang jemaah yang sedang menyapu kat luar ruang solat..imam dan bilal tak ada..sedangkan pada masa tu lebih kurang 2-3 minit lagi nak masuk waktu solat maghrib... jemaah tersebut yang kukenal bukanlah Bilal di situ melaungkan azan setelah masuknya waktu solat maghrib.. bilal tidak juga kelihatan.. kemudian datanglah beberapa orang lagi jemaah setelah azan dilaungkan.. atas gelaran ustaz yang aku pegang sementalah pula aku lulusan al-azhar, maka diminta ku jadi imam kerana imam tak ada...bilal pun tak ada...
selesai solat, aku pun diminta oleh jemaah untuk menagdakan majlis membaca yasin dan sedikit tazkirah...dalam isi tazkirah tu aku sebut tentang niat dan juga bab ilmu..,golongan-golongan yang mengajar,menuntut ilmu,mendengar ilmu dam suka kepada ilmu,jangan jadi yang kelima... serba sedikit kefahaman aku tentang hadis ini aku terangkan kepada jemaah...alhamdulillah sambutannya baik.. sehingga ada jemaah yang minta diadakan lagi majlis sebegitu..
MALANGNYA, selesai tazkirah dan bilal mula bersiap melaungkan azan... datanglah imam memanggilku.." ustaz sini kejap" aku terus mengikut imam ke penjuru surau.. aku sudah bersedia untuk disoal siasat..kerana sebelum ini aku telah mendengar tentang sikap imam ini terhadap majlis ilmu yang diadakan di surau ini... " ustaz minta kebenaran sapa buat yasinan dan tazkirah tadi" "saya dah dapat kebenaran dari pengerusi surau" aku membalas... dia terdiam sejenak.. serentak itu bilal sedang melaunkan azan.. dia mula membebel dan memberi ingatan padaku.. " ustaz ada tauliah dari mana? apa kelulusan ustaz?, saya tak kenal ustaz,ustaz pun tak kenal saya, jangan memandai-mandai disini, kat surau ni hanya saya dengan bilal jer yang ada kuasa dari pejabat agama, ustaz jangan suka-suka" bebelan imam dengan laungan azan bilal bersama masuk ke telingaku, nyata saat itu menyesakkan dadaku.. "orang sini bukan tak tahu buat ustaz cuma tak nak buat jer" nyata imam telah menonjolkan sikapnya yang sebelum ini cuma ku dengar dari mulut-mulut jemaah lain yang tidak semuanya kuterima dan percaya..namun sejenak peristiwa itu dan kata-katanya yang kurang adab disaat bilal melaungkan azan pula... hilang terus rasa hormatku padanya..
oh tuhan... bagaimana inginku sedarkannya...paling penting bagaimana aku ingin meghidupkan surau ini... supaya jadi medan pengemblengan tenaga memantapkan ilmu dan thaqafah penduduk disini... seterusnya menjadi pencetus perubahan yang akan menukar sikap masyarakat lebih berilmu.. moga dibukakan jalan untukku.. amin..

Tuesday, May 4, 2010

Bola...Bola...Bola..

Lebih kurang sebulan lagi, temasya sukan terhangat di planet bumi akan berlangsung.. meskipun hanya 32 negara bertanding namun kehangatannya dirasai di deganap pelusuk dunia... tahun ini edisi piala dunia akan berlangsung di Afrika Selatan.. kali pertama diadakan di benua afrika...

Entah mengapa, bila disebut piala dunia..semua akan mengaitkan dengan bola sepak..meskipun sukan-sukan lain juga ada kejohanan piala dunia.. inilah buktinya bola sepak merupakan sukan paling diminati di bumi.. sebagaimana sesuatu jenama dikaitkan dengan nama yg umum membuktikan kehebatan jenama itu..contohnya colgate utk ubat gigi..orang dulu-dulu selalu sebut colgate untuk beli ubat gigi.. begitu juga Milo untuk minuman coklat/koko.. itulah dinamakan kehebatan..

Berbalik kepada bola sepak... sukan yang cukup digilai ini menghasilkan berbilion-bilion dollar keuntungan melalui industri bola sepak.. segenap penjuru sukan ini boleh menghasilkan pendapatan yang agak lumayan.. ini semua terjadi kerana kegilaan terhadap bola sepak...sementelah pula 4 tahun sekali pesta gila-gila bola dihidupkan dengan jayanya.. kerana bola manusia sanggup hilang nikmat tidur... berjaga depan tv untuk tengok bola.. sesuatu yang liat untuk dilakukan diluar musim pesta piala dunia bola sepak, berjaga...semata-semata untuk tengok bola.. qiamulail yang terang-terang disunatkan dan memberi manfaat kepada ummat islam..terus terbiar layu tanpa mahu diambil kesempatan menyuburkannya... alangkah baik dan indahnya sekiranya waktu menunggu siaran langsung bola itu diisi dengan solat 2 rakaat... ataupun sewaktu siaran berhenti rehat di pertengahan perlawanan, kita rajin-rajinkan diri mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat dua rakaat.. alangkah indahnya saat itu...

kita mampu melakukan sebenarnya tetapi kita tidak mahu melakukannya... kenapa?
kerana kita tergoda dengan keasyikan dunia yang sebenarnya tidak memberi faedah kepada kita... untuk itu sama-samalah kita sedia untuk berubah..bermula disini