Monday, January 26, 2009

Bola sepak Malaysia, ke mana arahnya?

Malaysia kalah lagi, dengan pasukan UAE kita kena tibai 5-0. lebih memalukan perlawanan berlangsung di Malaysia. Jurulatih Malaysia menganggap Liga Malaysia bukan bola sepak. terlalu lemah Liga Malaysia kita. pasukan-pasukan tidak konsisten, FAM juga tidak konsisten. disini penulis ingin menyebut beberapaisu yang memungkinkan masa depan bola sepak Malaysia terus tenggelam.

1. dasar yang tidak konsisten FAM dalam sesuatu perkara, contohnya dalam hal penyertaan pasukan Polis dan Kelantan dalam liga Super, setelah pasukan Polis mohon untuk menarik diri dikhabarkan bahawa PDRM tidak boleh menyertai liga super lagi sekalipun membuat rayuan. pasukan Kelantan dinaikan ke Liga Super. Tiba-tiba bila PDRM buat rayuan, FAM terima permohonan PDRM, Kelantan pula kekal di Liga Super, kalau tidak kerana Pasukan Brunei digantung oleh FIFA sudah tentu liga super kita ada 15 pasukan. jumlah ganjil yang akan membuatkan liga kurang menarik.

2. perlawanan pertama liga super antara Kelantan dan KL plus terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat. FAM tidak menerima alasan Kelantan lantas mengakibatkan Kelantan kehilangan 3 mata apabila didenda oleh FAM.satu hukuman yang tidak masuk akal saya rasa.

3. Pertemuan KL Plus dengan Harimau Muda telah berkesudahan dengan Harimau Muda menang 2-0. sedangkan KL Plus merupakan pendahulu liga Super manakala Harimau Muda Pendahulu Liga Perdana. Apa beza liga super dan liga perdana? sama saja bukan? pasukan liga super dan liga perdana lebh kurang sahaja prestasinya.

kalau macam ni! bila bolasepak malaysia nak maju? asyik-asyik benda sama jer berulang-ulang.

Monday, January 19, 2009

Wan Ahmad Farid yang malang.

Saya sebenarnya terfikir, selepas kalah PRK kuala terengganu apa pula kerja wan ahmad farid ya? elok-elok dah jadi tim. menteri berhenti pulak. kan dah kalah? sanngupnya wan farid berkorban demi rakyat tapi rakyat tidak sanggup berkorban demi wan farid kerana rakyat tahu wan farid bukan berkorban demi rakyat tapi berhajat makan duit rakyat.. malang sekali wan farid hajatnya tak kesampaian. dari awal lagi hajatnya telah dihalang oleh Tun Dr M. sudahlah begitu, ahli-ahli BN sendiri tak suka dengan dia. jenuh satu parlimen dijaja orang yang wan farid ni sombong. bergambar dan bertimbuhlah wan farid di mana-mana, sanggup dia mengharung air banjir untuk bergambar dengan rakyat hatta keluar berita hari-hari nak membaikkan personaliti wan farid yang tak berapa baik itu. tapi wan farid tetap wan farid, dia tak boleh senyum macam wahid endut senyum, walau macam mana sekalipun da senyum manis nampak tawar juga di mata rakyat. kesian wan farid, agaknya dia kena belajar berlakon dengan jalaludin hassan kut, tak pun belajar berbohong dengan Pak Lah. inilah nasibnya wan farid, berkawan dengan khari, habis terpalit lumpur-umpur khairi ke badan wan farid. itulah wan farid, lain kali kena pandai pilih kawan.

Monday, January 12, 2009

Majlis Kahwin Mawi, dimana silapnya.

Tertanggal sudah gelaran bujang dari hidup penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi. Ekin dipilih menjadi suri dalam hidupnya. Namun dalam kemeriahan sambutan perkahwinan Mawi terselit juga kontreversi yang melanda. apa tidaknya? pelbagai pihak mengambil peluang menangguk di air keruh mencari publisiti dengan menaja segala persediaan perkahwinan Mawi. pada masa ni lah mereka menonjolkan produk mereka. yang jadi mangsa adalah Mawi, dalam tak sedar meskipun mendapat bacaan penajaan secara jelasnya majlis kahwin Mawi telah di eksploitasikan sebaik mungkin oleh pihak-pihak tertentu. alasan mereka berbuat demikian kononnya kerana permintaan peminat.

Fenomena Seni di TV1 pada malam ahad lalu mengundang pandangan beberapa ahli panel tentang Majlis Perkahwinan Mawi itu. saya cukup tertarik dengan pandangan-pandangan yang diberikan tetapi akhirnya saya meletakkan semua yang berlaku ke bahu pihak pencari publisiti yang berorientasikan keuntungan dikemudian hari. walau siapapun mereka samada syarikat-syarikat persendirian mahupun pihak media semuanya mempergunakan majlis ini sebaik mungkin bagi meningkatkan pendapat mereka. Peminat-peminat Mawi sememangnya kesian melihat bintang mereka dipergunakan semahu mungkin oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Nyatalah, menajdi popular tidaklah semudah yang disangka, banyak perkara yang perlu dipertaruhkan samada, masa, kebebasan mahupun kehendak peribadi sendiri.

Sunday, January 11, 2009

Khairi mula canang isu hudud.

Seperti dijangka, bermodalkan isu hudud yang kononnya berjaya diletupkan di Kota Bharu, Khairi Jamaluddin mula menjaja isu hudud di Kuala Terengganu, katanya "Pas Parti dok rok cetong", tiada prinsip dan tiada maruah bila dgertak DAP tentang isu hudud. sesungguhnya khairi hanyalah seorang anak muda yang masih terlalu ghairah dengan politik, dia menyangka dengan mencanang isu hudud, rakyat terengganu akan menyokong BN yang selamanya akan "meneruskan dasar yang ada" hudud tidak ada dalam dasar BN maka hudud akan terus jadi isu politik, tidak ada usaha langsung untuk menjelmakannya di alam realiti bumi Malaysia. sementalah pula ustaz-ustaz Umno mencanangkan hukum hudud ada tak sampai 1 peratus dalam Al-quran, tak penting sangat pun. itulah mentaliti pemimpin Umno, soal agama selalu dikesampingkan. Khairi bukan Ustaz, tidak hairanlah dia menolak Hudud, Dr Mashitah ustazah bertaraf Doktor kata hudud bukan keutamaan, kerajaan BN akan lebih menumpukan kepada kebajikan rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakan hudud. soalnya dah lebih 50 tahun jadi kerajaan, kebajikan rakyat tak terbela lagi ke? nampak sangat tiada niat pun BN nak laksanakan Hudud.

Memahami Tauhid Semasa

Sebelum maghrib tadi aku dalam persediaan untuk menyampaikan kuliah ilmu tauhid di surau. Seorang tuan haji pesara kerajaan datang bersembang denganku. Pada mulanya dia bercerita tentang isu palestin tetapi melarat kepada politik dalam Negara. Aku kenal dia, isterinya seorang ketua wanita Umno peringkat bahagian. Sudah barang tentu sebagai suami seorang ketua bahagian dia akan mengiring kepada Umno. Diceritakan padaku tentang kepimpinan sekarang yang tidak sensitive dengan ummat Islam dan Melayu, gaya percakapannya seolah dia membela Islam tapi sebagai pengerusi surau tidak pula dianjurkan program solat hajat untuk Palestin. Tidak juga diadakan kutipan derma untuk membantu rakyat palestin. Bila bercakap soal politik Negara pula disalahkan pula orang lain yang mengalahkan BN. Katanya sekarang ni pembangkan boleh gembira dengan kekalahan BN tapi tunggulah 30 tahun nanti menangis tengok anak bangsa tergadai, diceritakan lagi kepadaku tentang negeri selangor dan perak yang katanya hilang kuasa melayunya. Dia bercerita kepadaku tentang kuliah-kuliah di masjid-majid di selangor yang tak boleh dikuatkan melalaui pembesar suara luar, azan yang semakin perlahan. Malah pada pandangannya Melayu Selangor dan Perak semakin terhimpit. Aku Cuma diam, berkebetulan waktu itu azan magrib sudah berkumandang. Aku pula perlu lebih menumpukan kepada kuliah maghrib yang akan aku sampaikan nanti. Justeru aku terpaksa membiarkan dia hanyut dengan arus kepercayaan kunonya itu. Malam ini aku menyampaikan kuliah ilmu tauhid, sebagai balasan untuk leteran pengerusi surau tadi aku ungkitkan kisah isu-isu semasa sebagai pedoman tauhid ummat islam sekarang. Ku ceritakan tentang fatwa yoga, kuceritakan tentang Rasul Melayu di Selangor. Tak ketinggalan aku ceritakan tentang Dato’ Shah Rukh Khan yang menyamakan Al-quran dengan patung dewa hindu dirumahnya. Aku harap beliau akan faham apa itu syirik aku juga harap beliau juga akan faham tentang taksub kebangsaan yang melampau yang beliau anuti sekarang. Taksub kebangsaan yang melampau juga boleh membawa kepada syirik, dia kata kalau tidak ada bangsa Melayu, Islam akan hancur. Katanya lagi jangan baik sangat dengan orang cina nanti dia makan kita balik. Sememangnya itulah fahaman Umno selama-lamanya, sekalipun dia mengaku adanya tuhan,adanya nabi,adanya hari kiamat,ada malaikat tapi imannya sukar mempercayainya. Kalau dia yakin adanya tuhan dia tidak akan berkata Islam akan hancur tanpa platform Melayu. Besar sangat ke bansa Melayu hingga ingin memiliki Islam tanpa ingin dikongsi dengan bangsa lain? Adakah hidayah Tuhan hanya untuk orang melayu? Kalau benar Umno nak mempertahankan melayu justeru Islam harus dijaga terlebih dahulu kerana Islamlah yang mengajar kita untuk menjaga bangsa. Bila sudah tiada yang menjaga bangsa kita iaitu Islam dengan sendirinya Islam akan hancur. Justeru kalau melayu hancur Islam tak akan hancur tetapi jika Islam hancur di bumi Malaysia, melayu juga akan hancur. Aku sekarang di Johor, di negeri kebanggaan Umno dengan bangsa Melayunya. Tapi alangkah malangnya jika hanya bangsa yang di agungkan sedangkan agamanya terpinggir. Sudah 3 tahun aku di Johor, alangkah malangnya kulihat keadaan masjidnya yang suram. Kuliah maghrib palin banyak 3 kali seminggu, kuliah subuh jangan cerita lah.. itupun masih lagi dibanggakan dengan melayunya? Tuan Haji tadi bercerita kepada saya tentang kuliah subuh yang beliau hadiri dan dengar di Selangor… lantas terdetik dihatiku. Yang dia sibuk cakap pasal negeri orang kenapa? Negeri dia nak dengar kuliah subuh pun payah.. bila Islam nak terbela? Solat jemaah di masjid nasib baik kalau penuh satu saf. Bulan puasa lagilah, sembahyang maghrib imam dengan bilal jer. yang lain buka puasa kat rumah terus tak ke masjid. Jagalah negeri dulu sebelum kritik negeri orang.

Tuesday, January 6, 2009

bandingan antara calon PAS dan UMNO di PRK Kuala Terengganu

selesai sudah penamaan calon, 3 orang akan bertanding merebut jawatan Yang Berhormat di Kuala Terengganu.. Menarik untuk kita meneliti kedua-dua calon ini. calon bebas kita biarkan dulu.

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Wakaf Mempelam..kalau tak menang pun tak apa sebab dah jadi ADUN karier politiknya kira masih selamat, Calon BN Wan Ahmad Farid, Senator dan juga Timbalan Menteri dalam negeri dah letak jawatan sebab nak bertanding. kalau kalah maka karier politiknya akan berkubur(harapnyalah)... keadaan ini sebenarnya sama dengan PRK permatang pauh yang lepas calon BN di Permatang Pauh adalah seorang ADUN lawan Anwar Ibrahim yang kalau kalah akan tamatlah karier politiknya. apa yang tak sama antara Kuala Trengganu dan Permatang Pauh ialah peluang lebih cerah nampaknya untk dimenanangi oleh PAS atas beberapa faktor, antaranya keadaan politik semasa yang seakan memihak kepada calon PR. Gelora Politik dalam UMNO sendiri samada di peringkat pusat ataupun negeri yang difahamkan masih belum reda dengan isu pelantikan MB dulu. walaupun UMNO kerapkali menafikannya tetapi hakikatnya nampak jelas dalam pemilihan calon untuk PRK ini sendiri. nampak sangat tiada perbincangan yang dibuat antara UMNO negeri dan Pusat sehingga memilih orang yang telah dilantik jadi senator. apa gunanya jadi senator tak sampai sebulan? kalau nak bertanding tak payah la jadi senator lagi. membazirkan duit rakyat je buat majlis akad sumpah jadi senator. nampak benar kurang bijaknya UMNO. PAS nampaknya lebih memilih jalan selamat untuk calonnya sedangkan UMNO meletakkan Calonnya dalam keadaan serba salah sebenarnya. tidak dapat tidak calon UMNO kena menang untuk mengekalkan jawatan sebagai Tim. Menteri. pada pandangan penulis ketika itu kepentingan peribadi lebih mengatasi kepentingan rakyat. kalau betul-betul nak berkhidmat untuk rakyat,jadi senator dan jadi tim. menteri sekarang dah kira cukup. buat apa direbut lagi jawatan Ahli Parlimen? dah jadi Ahli Dewan Negara dan Tim. Menteri yang turut terlibat di Parlimen apakah tidak mencukupi untuk berkhidmat untuk rakyat? apakah BN sudah tidak ada calon lain untuk dibawa ke Parlimen menggantikan Allahyarham Dato' Razali? orang kuala terengganu seterusnya diletakkan dalam situasi yang rugi sekarang, dah la TIm. Menteri Pelajaran dah tiada, seorang lagi timbalan menteri nak digadaikan? percaturan politik BN sememangnya menguji rakyat. tapi andai rakyat tidak termakan dengan janji-janji pilihanraya BN dan juga tidak mudah bersimpati dengan nasib yang bakal menimpa Wan Farid. nantikanlah kehancuran BN.

UNDILAH PAS!!!! TAKBIR

Thursday, January 1, 2009

DATO' ABDUL WAHID ENDUT CALON PAS PRK KUALA TERENGGANU


Akhirnya...setelah lama menanti

SELAMAT TAHUN BARU 2009

2008 Telah meninggalkan kita untuk selamanya... yang tinggal sekarang hanyalah memori 2008.
segala peristiwa yang terakam dalam tahun 2008 meninggalkan sejarah yang tersendiri untuk kita semua. Dunia politik,sukan,hiburan,pendidikan dan sebagainya. mengundang pelbagai