selesai sudah penamaan calon, 3 orang akan bertanding merebut jawatan Yang Berhormat di Kuala Terengganu.. Menarik untuk kita meneliti kedua-dua calon ini. calon bebas kita biarkan dulu.
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Wakaf Mempelam..kalau tak menang pun tak apa sebab dah jadi ADUN karier politiknya kira masih selamat, Calon BN Wan Ahmad Farid, Senator dan juga Timbalan Menteri dalam negeri dah letak jawatan sebab nak bertanding. kalau kalah maka karier politiknya akan berkubur(harapnyalah)... keadaan ini sebenarnya sama dengan PRK permatang pauh yang lepas calon BN di Permatang Pauh adalah seorang ADUN lawan Anwar Ibrahim yang kalau kalah akan tamatlah karier politiknya. apa yang tak sama antara Kuala Trengganu dan Permatang Pauh ialah peluang lebih cerah nampaknya untk dimenanangi oleh PAS atas beberapa faktor, antaranya keadaan politik semasa yang seakan memihak kepada calon PR. Gelora Politik dalam UMNO sendiri samada di peringkat pusat ataupun negeri yang difahamkan masih belum reda dengan isu pelantikan MB dulu. walaupun UMNO kerapkali menafikannya tetapi hakikatnya nampak jelas dalam pemilihan calon untuk PRK ini sendiri. nampak sangat tiada perbincangan yang dibuat antara UMNO negeri dan Pusat sehingga memilih orang yang telah dilantik jadi senator. apa gunanya jadi senator tak sampai sebulan? kalau nak bertanding tak payah la jadi senator lagi. membazirkan duit rakyat je buat majlis akad sumpah jadi senator. nampak benar kurang bijaknya UMNO. PAS nampaknya lebih memilih jalan selamat untuk calonnya sedangkan UMNO meletakkan Calonnya dalam keadaan serba salah sebenarnya. tidak dapat tidak calon UMNO kena menang untuk mengekalkan jawatan sebagai Tim. Menteri. pada pandangan penulis ketika itu kepentingan peribadi lebih mengatasi kepentingan rakyat. kalau betul-betul nak berkhidmat untuk rakyat,jadi senator dan jadi tim. menteri sekarang dah kira cukup. buat apa direbut lagi jawatan Ahli Parlimen? dah jadi Ahli Dewan Negara dan Tim. Menteri yang turut terlibat di Parlimen apakah tidak mencukupi untuk berkhidmat untuk rakyat? apakah BN sudah tidak ada calon lain untuk dibawa ke Parlimen menggantikan Allahyarham Dato' Razali? orang kuala terengganu seterusnya diletakkan dalam situasi yang rugi sekarang, dah la TIm. Menteri Pelajaran dah tiada, seorang lagi timbalan menteri nak digadaikan? percaturan politik BN sememangnya menguji rakyat. tapi andai rakyat tidak termakan dengan janji-janji pilihanraya BN dan juga tidak mudah bersimpati dengan nasib yang bakal menimpa Wan Farid. nantikanlah kehancuran BN.
UNDILAH PAS!!!! TAKBIR
No comments:
Post a Comment