Sunday, January 11, 2009
Memahami Tauhid Semasa
Sebelum maghrib tadi aku dalam persediaan untuk menyampaikan kuliah ilmu tauhid di surau. Seorang tuan haji pesara kerajaan datang bersembang denganku. Pada mulanya dia bercerita tentang isu palestin tetapi melarat kepada politik dalam Negara. Aku kenal dia, isterinya seorang ketua wanita Umno peringkat bahagian. Sudah barang tentu sebagai suami seorang ketua bahagian dia akan mengiring kepada Umno. Diceritakan padaku tentang kepimpinan sekarang yang tidak sensitive dengan ummat Islam dan Melayu, gaya percakapannya seolah dia membela Islam tapi sebagai pengerusi surau tidak pula dianjurkan program solat hajat untuk Palestin. Tidak juga diadakan kutipan derma untuk membantu rakyat palestin. Bila bercakap soal politik Negara pula disalahkan pula orang lain yang mengalahkan BN. Katanya sekarang ni pembangkan boleh gembira dengan kekalahan BN tapi tunggulah 30 tahun nanti menangis tengok anak bangsa tergadai, diceritakan lagi kepadaku tentang negeri selangor dan perak yang katanya hilang kuasa melayunya. Dia bercerita kepadaku tentang kuliah-kuliah di masjid-majid di selangor yang tak boleh dikuatkan melalaui pembesar suara luar, azan yang semakin perlahan. Malah pada pandangannya Melayu Selangor dan Perak semakin terhimpit. Aku Cuma diam, berkebetulan waktu itu azan magrib sudah berkumandang. Aku pula perlu lebih menumpukan kepada kuliah maghrib yang akan aku sampaikan nanti. Justeru aku terpaksa membiarkan dia hanyut dengan arus kepercayaan kunonya itu. Malam ini aku menyampaikan kuliah ilmu tauhid, sebagai balasan untuk leteran pengerusi surau tadi aku ungkitkan kisah isu-isu semasa sebagai pedoman tauhid ummat islam sekarang. Ku ceritakan tentang fatwa yoga, kuceritakan tentang Rasul Melayu di Selangor. Tak ketinggalan aku ceritakan tentang Dato’ Shah Rukh Khan yang menyamakan Al-quran dengan patung dewa hindu dirumahnya. Aku harap beliau akan faham apa itu syirik aku juga harap beliau juga akan faham tentang taksub kebangsaan yang melampau yang beliau anuti sekarang. Taksub kebangsaan yang melampau juga boleh membawa kepada syirik, dia kata kalau tidak ada bangsa Melayu, Islam akan hancur. Katanya lagi jangan baik sangat dengan orang cina nanti dia makan kita balik. Sememangnya itulah fahaman Umno selama-lamanya, sekalipun dia mengaku adanya tuhan,adanya nabi,adanya hari kiamat,ada malaikat tapi imannya sukar mempercayainya. Kalau dia yakin adanya tuhan dia tidak akan berkata Islam akan hancur tanpa platform Melayu. Besar sangat ke bansa Melayu hingga ingin memiliki Islam tanpa ingin dikongsi dengan bangsa lain? Adakah hidayah Tuhan hanya untuk orang melayu? Kalau benar Umno nak mempertahankan melayu justeru Islam harus dijaga terlebih dahulu kerana Islamlah yang mengajar kita untuk menjaga bangsa. Bila sudah tiada yang menjaga bangsa kita iaitu Islam dengan sendirinya Islam akan hancur. Justeru kalau melayu hancur Islam tak akan hancur tetapi jika Islam hancur di bumi Malaysia, melayu juga akan hancur. Aku sekarang di Johor, di negeri kebanggaan Umno dengan bangsa Melayunya. Tapi alangkah malangnya jika hanya bangsa yang di agungkan sedangkan agamanya terpinggir. Sudah 3 tahun aku di Johor, alangkah malangnya kulihat keadaan masjidnya yang suram. Kuliah maghrib palin banyak 3 kali seminggu, kuliah subuh jangan cerita lah.. itupun masih lagi dibanggakan dengan melayunya? Tuan Haji tadi bercerita kepada saya tentang kuliah subuh yang beliau hadiri dan dengar di Selangor… lantas terdetik dihatiku. Yang dia sibuk cakap pasal negeri orang kenapa? Negeri dia nak dengar kuliah subuh pun payah.. bila Islam nak terbela? Solat jemaah di masjid nasib baik kalau penuh satu saf. Bulan puasa lagilah, sembahyang maghrib imam dengan bilal jer. yang lain buka puasa kat rumah terus tak ke masjid. Jagalah negeri dulu sebelum kritik negeri orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment