Monday, January 26, 2009

Bola sepak Malaysia, ke mana arahnya?

Malaysia kalah lagi, dengan pasukan UAE kita kena tibai 5-0. lebih memalukan perlawanan berlangsung di Malaysia. Jurulatih Malaysia menganggap Liga Malaysia bukan bola sepak. terlalu lemah Liga Malaysia kita. pasukan-pasukan tidak konsisten, FAM juga tidak konsisten. disini penulis ingin menyebut beberapaisu yang memungkinkan masa depan bola sepak Malaysia terus tenggelam.

1. dasar yang tidak konsisten FAM dalam sesuatu perkara, contohnya dalam hal penyertaan pasukan Polis dan Kelantan dalam liga Super, setelah pasukan Polis mohon untuk menarik diri dikhabarkan bahawa PDRM tidak boleh menyertai liga super lagi sekalipun membuat rayuan. pasukan Kelantan dinaikan ke Liga Super. Tiba-tiba bila PDRM buat rayuan, FAM terima permohonan PDRM, Kelantan pula kekal di Liga Super, kalau tidak kerana Pasukan Brunei digantung oleh FIFA sudah tentu liga super kita ada 15 pasukan. jumlah ganjil yang akan membuatkan liga kurang menarik.

2. perlawanan pertama liga super antara Kelantan dan KL plus terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat. FAM tidak menerima alasan Kelantan lantas mengakibatkan Kelantan kehilangan 3 mata apabila didenda oleh FAM.satu hukuman yang tidak masuk akal saya rasa.

3. Pertemuan KL Plus dengan Harimau Muda telah berkesudahan dengan Harimau Muda menang 2-0. sedangkan KL Plus merupakan pendahulu liga Super manakala Harimau Muda Pendahulu Liga Perdana. Apa beza liga super dan liga perdana? sama saja bukan? pasukan liga super dan liga perdana lebh kurang sahaja prestasinya.

kalau macam ni! bila bolasepak malaysia nak maju? asyik-asyik benda sama jer berulang-ulang.

No comments: