Tertanggal sudah gelaran bujang dari hidup penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi. Ekin dipilih menjadi suri dalam hidupnya. Namun dalam kemeriahan sambutan perkahwinan Mawi terselit juga kontreversi yang melanda. apa tidaknya? pelbagai pihak mengambil peluang menangguk di air keruh mencari publisiti dengan menaja segala persediaan perkahwinan Mawi. pada masa ni lah mereka menonjolkan produk mereka. yang jadi mangsa adalah Mawi, dalam tak sedar meskipun mendapat bacaan penajaan secara jelasnya majlis kahwin Mawi telah di eksploitasikan sebaik mungkin oleh pihak-pihak tertentu. alasan mereka berbuat demikian kononnya kerana permintaan peminat.
Fenomena Seni di TV1 pada malam ahad lalu mengundang pandangan beberapa ahli panel tentang Majlis Perkahwinan Mawi itu. saya cukup tertarik dengan pandangan-pandangan yang diberikan tetapi akhirnya saya meletakkan semua yang berlaku ke bahu pihak pencari publisiti yang berorientasikan keuntungan dikemudian hari. walau siapapun mereka samada syarikat-syarikat persendirian mahupun pihak media semuanya mempergunakan majlis ini sebaik mungkin bagi meningkatkan pendapat mereka. Peminat-peminat Mawi sememangnya kesian melihat bintang mereka dipergunakan semahu mungkin oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Nyatalah, menajdi popular tidaklah semudah yang disangka, banyak perkara yang perlu dipertaruhkan samada, masa, kebebasan mahupun kehendak peribadi sendiri.
No comments:
Post a Comment