Monday, February 1, 2010

Royalti oh royalti...

Ibrahim Ali menyertai pemimpin Umno yang juga bekas kawan-kawan beliau dalam satu forum royalti minyak kelantan di kota bharu, pandangannya senada dengan mereka, kupasan dan agendanya sama, terakhirnya, dia mencabar kerajaan kelantan membawa kes ini ke mahkamah..
terdahulu, dato' awang adek, minta kerajaan negeri bawa kes ini ke mahkamah, lantang sungguh mereka mencabar, sedangkan mereka tidak sedar, mereka sebenarnya sedang mencabar seluruh rakyat kelantan. Tg Razaleigh hamzah, pemimpin veteran yang masih menjadi satu ikon politik kelantan, berceramah di pentas GEGAR menyatakan kelantan berhak dapat royalti.. apa lagi? umno ingin menafikan lagi? royalti memang berhak untuk kelantan, sebagaimana Terengganu yang diberi royalti sebelum 1999, begitulah juga kelantan.
jika direnung, kalau terengganu tak berhak dapat royalti,kenapa sebelum 1999 diberi royalti? kalau tak berhak dapat royalti kenapa diberi? atas nama royalti? selepas 1999 dinamakan wang ehsan? tup-tup awal 2009 dapat balik royalti, julai 2009 kelantan tuntut royalti, tup-tup terengganu pun tak dapat pulak.. pelik bukan?
bolehkah kita katakan bahawa wang royalti yang dibayar sebelum 1999 kepada Terengganu sebagai "wang haram" kerana mengikut kerajaan pusat terengganu tak berhak dapat royalti, ataupun kita kata wang ehsan yang terengganu dapat selepas 1999 sebagai wang haram? kerana sepatutnya terengganu dapat royalti? inilah akibatnya bila hak rakyat dipolitikkan oleh UMNO.
bersama kita tolak UMNO untuk KEADILAN seluruh Malaysia.

No comments: