Monday, May 12, 2008

ISLAM,MELAYU,PAS DAN UMNO

Sudah 2 bulan lebih pilihanraya umum ke 12 berlalu..kesan tsunami politik masih ada dimana-mana..hari ini tiada negeri yang sifar pembangkang..semua negeri ada pemerintah dan pembangkang. Ini satu fenomene yang cukup menarik berlaku selepas PRU 12 lalu. Demokrasi yang agak suram empat tahun lalu kembali subur malah berbuah lebat. Meskipun masih ada cacat cela riak kecewa di wajah Pengerusi SPR sewaktu mengumumkan keputusan PRU kali ini. Penulis tersenyum sendiri melihat wajah kecewa beliau seolah kecewa tewas dalam bertanding.

Pasca pilihanraya dan Pra pilihanraya suasananya cukup berbeza, namun sikap dan perangai kerajaan yang memerintah Negara masih lagi sama. Sikap mendabik dada dan angkuh masih terdedah disana-sini. Media arus perdana masih lagi rakus menghebahkan keburukan pembangkang dan kegagalan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Yang elok sekarang adalah 8 negeri yang ditadbir BN dan yang buruk dan busuk adalah 5 negeri yang ditadbir PR.

Saban malam kita dihidangkan berita tentang ketuanan melayu,tidak cukup dengan itu akhbar-akhbar arus perdana saban hari mencetak berita yang sama.malah artikel dan surat pembaca turut dilacurkan dengan isu yang sama. Yang bersalah tentunya ditujukan pada barisan pembangkang yang menyusutkan kuasa UMNO yang mereka anggap pembela Melayu tulin. Betapa taksubnya mereka dengan melayu sehingga mereka melupakan tentang Islam..Islam dikesampingkan dengan diletakkan dihunjung perkataan Melayu maka jadilah ia MELAYU ISLAM.. pada pandangan mereka Melayulah yang menjaga Islam bukan sebaliknya. Betapa bimbangnya mereka andai maruah melayu tergadai..betapa takutnya mereka andai melayu hilang kuasa politik.

Realitinya pada pendapat penulis..maruah melayu sudah lama tergadai…kuasa politik melayu juga sudah lama terhakis..dan mereka hanya menyedari semua itu selepas pilihanraya ini, malangnya tidak ada tindakan yang UMNO lakukan untuk kepentingan Melayu. UMNO masih lagi berdongdang sayang dengan lagu yang sama. UMNO hanyalah parti yang suka salah menyalah.UMNO hanyalah parti yang merebut kuasa. Pada masa yang sama maruah Melayu kian tergadai. Inikah yang dikatakan pejuang melayu tulin? Pejuang melayu apa kalau Bahasa Melayu sendiri dihina? Pejuang Melayu apa kalau tulisan warisan melayu tulisan jawi dipandang sebagai tulisan kemunduran? Pejuang melayu apa yang saban malam,saban minggu dan saban bulan membiarkan sahaja anak-anak muda malayu hanyut dengan hibuaran dan konsert sana-sini.

Kalau melayu pun UMNO tidak boleh jaga dan pertahankan,apalagi nak diharapkan untuk menjaga Islam. Alamatnya jauh panggang dari api. Islam bagi umno hanya hadir di khutbah jumaat,Islam bagi UMNO hanya hadir di sambutan dan perayaan agama, Islam bagi UMNO hanyalah terdapat di masjid-masjid. Rakyat hanya diajak mengenal Isam Hadhari bukan Islam warisan Nabi. Malangnya pula Islam Hadhari inipun hanya laku di Jabatan Agama sahaja. Nak dibawa keluar dan perkenalkan di jabatan lain tidak ada sambutan. Justeru jadilah gejala rasuah terus subur,gejala social terus membarah dan anak-anak muda terus hanyut. Itulah kegagalan UMNO.

Alangkah eloknya andai UMNO yang mewakili 3 juta orang melayu tidak meminggirkan Islam. Alangkah eloknya juga andai UMNO berhenti berlagak bijaksana dan genius. Kebijaksanaan tidak akan kemana seandainya tidak disertai dengan hati yang tulus ikhlas berjuang kerana Allah, kerana Islam dan kerana Melayu.

Penulis merasakan, setelah melihat apa yang berlaku kepada UMNO, jelas sekali UMNO sedang nazak,dan apalagi yang boleh orang melayu harapkan dari seorang yang sedang nazak selain mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah agar tenang pulang menghadap Allah. Buatlah apa sekalipun, usia UMNO sudah 62 tahun sekarang. Akibat terlalu banyak penyakit kronik yang melanda UMNO sekarang. Sudah sampai masanya UMNO berkubur. Bawalah doktor sehebat mana sekalipun UMNO tidak akan mampu sembuh lagi. Apatah lagi sekarang tidak ada seorangpun doktor yang hebat dalam UMNO. Yang ada hanyalah doktor-doktor tua yang sedang sakit juga. Maka ketika itu orang melayu sudah tidak boleh mengharapkan UMNO lagi.

Jika UMNO tidak boleh diharapkan lagi, siapa pula yang akan menggantikannya?

Sudah terang lagi bersuluh, Parti kedua terbesar Melayu yang tidak pernah meminggirkan Islam malah Islamlah tunjang utama perjuangannya. PAS adalah pilihan terbaik untuk orang melayu sekarang, PAS bukan lagi parti lemah,PAS juga bukan lagi parti ustaz-ustaz sahaja tapi merekalah yang mengasakan parti ini malah mereka jualah yang menguatkan parti ini. Sekarang kalau ada 10 orang ustaz sudah barang tentu 9 daripada mereka dalah penyokong PAS. Walaupun tidak dizahirkan itulah hakikatnya. Yang seorang lagi mungkin sudah hanyut dengan janji-janji manis UMNO ataupun sudah terpesona dengan kebijaksanaan rekaan UMNO. PAS sekarang sudah semakin kuat, bukan orang biasa yang menjadi calon PAS. Tokoh-tokoh pemikir dan ilmuan serta mereka yang professional terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perjuangan PAS. Mereka sudah tidak sanggup lagi melihat UMNO memerintah.

PAS juga semakin gagah sekarang,semakin boleh diterima oleh pelbagai kaum. PAS menjadikan dakwah Islam semakin hampir dengan kaum bukan Islam. Sememang itulah kehebatan Islam dan kerana Islamlah PAS semakin diterima. Apakah kita masih mahu terkonkong dan terkurung dengan ideology kebangsaan dan nasionalisme semata-mata sedangkan agama itu menjangkau dan melepasi sempadan kaum. Memang kita mahu menjaga kaum kita tapi jangan sampai kita prasangka dan memusuhi kaum lain. Mereka juga makhluk Allah. Andainya UMNO masih mempertahankan idealogi kebangsaan mereka nescaya meraka akan semakin terasing dengan dunia politik hari ini. Kalau dengan dunia politik pun sudah terasing bagaimana lagi UMNO ingin menguasai politik Malaysia? Semuanya nyata UMNO semakin tidak relevan dan PAS lah ganti yang paling sesuai. Justeru, ayuh ummat melayu jangan kita lupakan Islam kerana dengan Islamlah kita kuat,dengan Islamlah kita dipandang mulia dan dengan Islam jualah kita menguasai poltik Negara.

Perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia bererti juga kita ingin mengmbalikan keperkasaan dan kehebatan melayu. Andainya semakin kita meminggiri Islam nescaya semakin jauh kita dengan “KETUANAN MELAYU”