Monday, July 27, 2009

Bola Sepak Malaysia Entah Ke mana.

Tahniah selangor kerana menjuarai Liga Super 2009. sesuatu yang telah lama mereka idamkan selama ini. Namun kemenangan pasukan selangor tidak memberi kesan yang kuat ke atas bola sepak malaysia sebenarnya. walaupun tewas tipis kepada Manchester United tempoh hari, hakikat yang perlu ditelan oleh jutaan peminat bola sepak malaysia ialah politik dalam bola sepak malaysia dan pengurusan yang kerap bertukar citarasa.

terbaru, tahun depan format liga malaysia mungkin sekali lagi berubah. pahang yang sepatutnya turun ke liga perdana tahun depan mungkin tidak akan turun seandainya format tahun ini berubah. itulah bola sepak malaysia. ada beberapa tindakan FAM yang saya dapati kurang adil dan menjahanamkan bola sepak malaysia sendiri antaranya:

1) Kelantan pernah terjerumus ke liga FAM setelah terperosok didasar liga perdana, namun setahun kemudian melaka telah terselamat dari terjerumus ke liga perdana apabila diselamatkan FAM. apa jadi pada pasukan melaka sekarang?

2) Selangor pernah terjerumus ke liga perdana, tetapi pahang telah terselamat dengan pertambahan pasukan liga super pada tahun 2007.

3) bilangan kelab yang banyak dari lembah kelang akan menyebabkan banyak perlawanan dilangsungkan di lembah kelang, ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada pasukan lembah kelang dari segi tenaga yang digunakan untuk sesuatu perjalanan jauh. sebagaimana yang berlaku tahun ini persaingan diantara pasukan selangor dan perlis jelas tidak berapa adil apabila perlis terpaksa mengharungi perlawanan yang jauh sedangkan selangor seolah-olah bertanding di tempat sendiri dalam 5 perlawanan terakhir.

4) hukuman yang dikenakan ke atas pasukan kelantan dengan terpaksa bermain di gelanggan berkecuali selama 5-6 perlawanan menyebabkan mutu permainan mereka juga berkurangan kerana keletihan mengharungi jarak perjalanan yang terlalu jauh diantara Kota Bharu dan Kuala Lumpur. sedangkan sebelum hukuman ini di jatuhkan kelantan adalah antara pesaing utama untuk merangkul kejuaraan liga. sepatutnya FAM harus mengambil kira faktor ini dalam mengambil keputusan. bukan sekadar menjatuhkan hukuman semata-mata.

5) jadual perlawanan yang sentiasa berubah dan vanue perlawanan yang sentiasa berubah juga mengakibatkan mood pertandingan bola sepak di Malaysia tidak dirasai sangat oleh peminat bola sepak Malaysia.

akhirnya, saya mengharapkan akan ada perubahan dari pihak FAM dalam memperkasakan lagi liga Malaysia. sememangnya banyak lagi peraturan dan ketidak adilan yang berlaku dalam bola sepak malaysia yang tidak saya nyatakan di sini. majulah sukan untuk negara.

Friday, July 10, 2009

anak angkat, anak emas


sudah berapa kali pilihanraya kecil di kelantan umno berjanji nak jadikan kawasan pilihanraya tu sebagai anak angakat, dulu masa pilihanraya kecil sungai pinang dan limbongan, Umno kata nak jadikan 2 kawasan tu sebagai wilayah persekutuan, Umno kalah pilihanraya tu tapi umno dapat balik kerusi tu sebab mahkamah putuskan wakil rakyat yang lompat parti masih kekal sebagai ADUN. senyap jer wilayah persekutuan di kelantan lepas tu,

pilihanraya kecil pengkalan pasir, umno berjanji lagi nak buat anak angkat juga, akan ada jawatankuasa peringkat kabinet yang akan majukan pengkalan pasir kalau BN menang, ditakdirkan tuhan BN menang juga di situ, saya adalah salah seorang pengundi di situ. tak cukup dengan anak angkat, Anuar Musa pula berjanji akan buat satu jejantas merentangi jalan keretapi bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di bandar pasir mas. Anuar kata lagi, kalau kerajaan tak buat jejantas tu sebelum bulan 6 tahun 2007,BN melalui kerajaan pusat akan buat, sudahnya selepas bulan 6 kerajaan negeri tak buat, BN pun senyap jer tak buat apa pun, kerajaan negeri jugalah yang buat jejantas tu sekarang. lepas menang pilihanraya tu, Najib ketuai jawantankuasa peringkat kabinet nak majukan pengkalan pasir, sudahnya senyap juga.. saya pengundi pengkalan pasir menasihatkan pengudi manek urai jangan percaya janji UMNO. memang tipu hidup-hidup

Friday, July 3, 2009

UMNO tak ikhlas

sekoyong-koyong datanglah berita dari kedah, DAP keluar pakatan rakyat di kedah kerana tak setuju dengan tindakan MBAS robohkan pusat penyembelihan babi.

gegak gempitalah bersorak sekalian UMNO dan BN, dikatanya pakatan rakyat tak kukuh, diaktanya juga pakatan rakyat itu pakatan rapuh. pemimpin-pemimpin UMNO yang dulu ditanya tentang kerajaan perpaduan senyum meleret dan bermanis muka setuju dan positif, tapi bila kerajaan PAS kedah buat keputusan roboh pusat sembelih babi, tak terkata pun diorang, yang disibuknya DAP keluar pakatan. dulu kerajaan kedah bagi kuota perumahan 50% untuk bumiputera UMNO diam juga. tak kata apa pun...semua tu kan untuk kepentingan melayu? roboh pusat sembelih pun untuk jaga kemaslahatan orang melayu juga. kenapa UMNO diam? tak cakap apapun?

memang kita tak boleh pertikai orang tu ikhlas ke tidak, tapi kita boleh rasa orang tu ikhlas ke tidak.

kalau dah gini perangai UMNO,bila nak ikhlas?

Thursday, July 2, 2009

surat terbuka untuk Dato Ibrahim Ali.

Assalamualaikum w.b.t
selawat dan salam buat nabi junjungan serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.

kehadapan Dato' Ibrahim Ali.
(ahli parlimen Pasir Mas)

pertama dan utama didoakan dato' dalam keadaan sihat wal afiat sentiasa, semoga sentiasa dikurniakan rahmat dan kasih sayang dari Allah s.w.t.

Dato' sudah lebih 16 purnama dato bergelar wakil rakyat kepada warga pasir mas. selama itu jugalah rakyat Pasir Mas berharap dato' benar-benar menjadi suara rakyat Pasir Mas yang sejati. Namun sebagai pengundi dato' saya merasakan semakin lama semakin terhina dengan sikap dan kelakuan dato'.

dulu, sewaktu dato' diumumkan sebagai calon di pasir mas,saya merasa sangsi,tapi mengenangkan dato' pada ketika itu kelihatan sudah insaf dari perangai-perangai buruk suatu ketika dulu,maka saya cukup teruja untuk mengundi dato'. pada ketika itu saya amat berharap dato' akan menjadi pembela dan pejuang rakyat pasir mas. dato' juga saya harap akan menjadi lebih dekat di hati rakyat pasir mas.

di awal kemunculan semula dato' di parlimen, saya memang bangga dengan dato' bilamana dato mencadangkan tuan guru abdul hadi atau Tuan guru nik aziz yang menjadi perdana menteri Malaysia bagi mendapat berkat berketuakan ulama. sekali lagi saya teruja dan merasakan pilihan dan undian saya berbaloi.

namun rupanya panas tak sampai ke petang, hujan juga di tengah hari. seluruh harapan dan impian saya musnah sekelip mata, kalau dulu dato mengkritik UMNO dengan setelusnya dan sesekali mengkritik Pas. tetapi sekarang segala serangan dato' ditujukan kepada PAS dan pakatan rakyat. memang setiap manusia ada kelemahannya dan harus ditegur. tapi sejak akhir-akhir ini teguran dan kritikan dato' bukan lagi untuk kepentingan rakyat tetapi seakan ada muslihat politik yang nyata.

mungkin dulu dato' tidak suka Pak Lah. tapi sekarang pak lah dah tak ada kuasa, lantas saya dapat merasakan dato' mula terhegeh-hegeh mengampu najib. alasan dato' ialah perpaduan melayu. memang saya tahu dato' pemimpin melayu,dan kerana itulah agaknya dato' terlalu mengagungkan melayu. Islam dato' saya tak nampak. maaf

saya ingin bertanya dato', seandainya betul dato' bertingkah di atas dasar perpaduan melayu, dan dato' juga memperlekehkan kerajaan negeri kelantan dalam menguruskan ekonomi negeri. kenapa dato' diam membisu bila timbul isu royalti minyak kelantan? inilah suara kami rakyat pasir mas. kami mahu negeri kami maju tapi jangan pula disekat hak kami..kalau benar dato' memperjuangkan perpaduan melayu. di atas titik ekonomi dan royalti inilah dato' seharusnya berdiri. kerana negeri kita negeri melayu.

akhirnya...
semoga dato' dapat merasakan denyut nadi rakyat pasir mas. kalau bersama kami masuklah Pas, kerana kami mengundi Pas bukan Ibrahim Ali.