Tahniah selangor kerana menjuarai Liga Super 2009. sesuatu yang telah lama mereka idamkan selama ini. Namun kemenangan pasukan selangor tidak memberi kesan yang kuat ke atas bola sepak malaysia sebenarnya. walaupun tewas tipis kepada Manchester United tempoh hari, hakikat yang perlu ditelan oleh jutaan peminat bola sepak malaysia ialah politik dalam bola sepak malaysia dan pengurusan yang kerap bertukar citarasa.
terbaru, tahun depan format liga malaysia mungkin sekali lagi berubah. pahang yang sepatutnya turun ke liga perdana tahun depan mungkin tidak akan turun seandainya format tahun ini berubah. itulah bola sepak malaysia. ada beberapa tindakan FAM yang saya dapati kurang adil dan menjahanamkan bola sepak malaysia sendiri antaranya:
1) Kelantan pernah terjerumus ke liga FAM setelah terperosok didasar liga perdana, namun setahun kemudian melaka telah terselamat dari terjerumus ke liga perdana apabila diselamatkan FAM. apa jadi pada pasukan melaka sekarang?
2) Selangor pernah terjerumus ke liga perdana, tetapi pahang telah terselamat dengan pertambahan pasukan liga super pada tahun 2007.
3) bilangan kelab yang banyak dari lembah kelang akan menyebabkan banyak perlawanan dilangsungkan di lembah kelang, ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada pasukan lembah kelang dari segi tenaga yang digunakan untuk sesuatu perjalanan jauh. sebagaimana yang berlaku tahun ini persaingan diantara pasukan selangor dan perlis jelas tidak berapa adil apabila perlis terpaksa mengharungi perlawanan yang jauh sedangkan selangor seolah-olah bertanding di tempat sendiri dalam 5 perlawanan terakhir.
4) hukuman yang dikenakan ke atas pasukan kelantan dengan terpaksa bermain di gelanggan berkecuali selama 5-6 perlawanan menyebabkan mutu permainan mereka juga berkurangan kerana keletihan mengharungi jarak perjalanan yang terlalu jauh diantara Kota Bharu dan Kuala Lumpur. sedangkan sebelum hukuman ini di jatuhkan kelantan adalah antara pesaing utama untuk merangkul kejuaraan liga. sepatutnya FAM harus mengambil kira faktor ini dalam mengambil keputusan. bukan sekadar menjatuhkan hukuman semata-mata.
5) jadual perlawanan yang sentiasa berubah dan vanue perlawanan yang sentiasa berubah juga mengakibatkan mood pertandingan bola sepak di Malaysia tidak dirasai sangat oleh peminat bola sepak Malaysia.
akhirnya, saya mengharapkan akan ada perubahan dari pihak FAM dalam memperkasakan lagi liga Malaysia. sememangnya banyak lagi peraturan dan ketidak adilan yang berlaku dalam bola sepak malaysia yang tidak saya nyatakan di sini. majulah sukan untuk negara.
No comments:
Post a Comment