Thursday, July 2, 2009

surat terbuka untuk Dato Ibrahim Ali.

Assalamualaikum w.b.t
selawat dan salam buat nabi junjungan serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.

kehadapan Dato' Ibrahim Ali.
(ahli parlimen Pasir Mas)

pertama dan utama didoakan dato' dalam keadaan sihat wal afiat sentiasa, semoga sentiasa dikurniakan rahmat dan kasih sayang dari Allah s.w.t.

Dato' sudah lebih 16 purnama dato bergelar wakil rakyat kepada warga pasir mas. selama itu jugalah rakyat Pasir Mas berharap dato' benar-benar menjadi suara rakyat Pasir Mas yang sejati. Namun sebagai pengundi dato' saya merasakan semakin lama semakin terhina dengan sikap dan kelakuan dato'.

dulu, sewaktu dato' diumumkan sebagai calon di pasir mas,saya merasa sangsi,tapi mengenangkan dato' pada ketika itu kelihatan sudah insaf dari perangai-perangai buruk suatu ketika dulu,maka saya cukup teruja untuk mengundi dato'. pada ketika itu saya amat berharap dato' akan menjadi pembela dan pejuang rakyat pasir mas. dato' juga saya harap akan menjadi lebih dekat di hati rakyat pasir mas.

di awal kemunculan semula dato' di parlimen, saya memang bangga dengan dato' bilamana dato mencadangkan tuan guru abdul hadi atau Tuan guru nik aziz yang menjadi perdana menteri Malaysia bagi mendapat berkat berketuakan ulama. sekali lagi saya teruja dan merasakan pilihan dan undian saya berbaloi.

namun rupanya panas tak sampai ke petang, hujan juga di tengah hari. seluruh harapan dan impian saya musnah sekelip mata, kalau dulu dato mengkritik UMNO dengan setelusnya dan sesekali mengkritik Pas. tetapi sekarang segala serangan dato' ditujukan kepada PAS dan pakatan rakyat. memang setiap manusia ada kelemahannya dan harus ditegur. tapi sejak akhir-akhir ini teguran dan kritikan dato' bukan lagi untuk kepentingan rakyat tetapi seakan ada muslihat politik yang nyata.

mungkin dulu dato' tidak suka Pak Lah. tapi sekarang pak lah dah tak ada kuasa, lantas saya dapat merasakan dato' mula terhegeh-hegeh mengampu najib. alasan dato' ialah perpaduan melayu. memang saya tahu dato' pemimpin melayu,dan kerana itulah agaknya dato' terlalu mengagungkan melayu. Islam dato' saya tak nampak. maaf

saya ingin bertanya dato', seandainya betul dato' bertingkah di atas dasar perpaduan melayu, dan dato' juga memperlekehkan kerajaan negeri kelantan dalam menguruskan ekonomi negeri. kenapa dato' diam membisu bila timbul isu royalti minyak kelantan? inilah suara kami rakyat pasir mas. kami mahu negeri kami maju tapi jangan pula disekat hak kami..kalau benar dato' memperjuangkan perpaduan melayu. di atas titik ekonomi dan royalti inilah dato' seharusnya berdiri. kerana negeri kita negeri melayu.

akhirnya...
semoga dato' dapat merasakan denyut nadi rakyat pasir mas. kalau bersama kami masuklah Pas, kerana kami mengundi Pas bukan Ibrahim Ali.

No comments: