Tuesday, February 10, 2009
Pemuda UMNO pembela Raja?
Sesekali seorang anak tidak mendengar kata seorang ayah adalah perkara biasa, dia mungkin degil tapi bukan derhaka, degil dan derhaka banyak bezanya, tidak mendengar kata dengan melawan juga banyak bezanya, malangnya UMNO tidak pernah tahu tentang perbezaan itu ataupun UMNO memang tak nak tahu langsung, bila dah tak dengar kata dan arahan sang raja yang menyalahi perlembagaan dianggap derhaka, bagaimana pula dengan melawan dan memalukan raja-raja? adakah memanggil raja dengan perkataan "natang" itu bukan derhaka? yang pasti itu bukan degil dan tidak mendengar kata, itulah derhaka namanya. Jebat disebut penderhaka bukan kerana dia tidak mendengar kata raja, Jebat derhaka kerana dia melawan dan menggulingkan raja. Adakah YB Nizar melawan dan cuba menggulingkan Raja? Karpal nak saman sultan pun PR tak setuju. itu hak peribadi Karpal kerana undang-undang sudah ada, yang membolehkan sultan disaman. siapa yang mengadakan undang-undang itu? jawapannya UMNO. siapa yang membenarkan sultan disaman? UMNO lah. Siapa yang derhaka sebenarnya? UMNO lah. bila pemuda UMNO dan GPMS berkumpul beramai-ramai membantah Karpal dan membakar gambar MB Pakatan Rakyat, ia disebut membela raja-raja. yang pemuda UMNO tidak sedar rakyat sedang memerhatikan mereka, sedang melihat tingkah laku media-media mereka. YB Nizar tidak derhaka tetapi UMNO lah penderhaka, mempergunakan Institusi Raja untuk kepentingan politik bukankah itu menghina Raja-raja namanya? Jika menghina, bukankah itu derhaka? Derhaka la tu!!! tak payahlah UMNO ingin berlagak Hero lagi, Rakyat yang bodoh mungkin boleh percaya tetapi kami rakyat yang cerdik bukan bodoh. Pemuda Umno patut dibubarkan. Memalukan Bangsa sendiri sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment