Thursday, February 5, 2009
Dato Zambry Abd Kadir MB Perak
Saya tidak berapa mengenali Dato' Zambry cuma yang saya ingat dia pernah berdebat bersama dengan Dato' Husam Musa beberapa tahun lalu. dalam debat yang di pengerusi oleh Dato' Johan itu kesimpulan yang saya tengok dan boleh saya buat Dato' Zambry tewas dan terkelu dengan hujah-hujah Dato' Husam. walaupun digambarkan Dato Zambry sebagai salah seorang tokoh muda yang semakin meningkat naik di Perak pada ketika itu. Justeru apabila Pak Lah mengemukakan nama beliau sebagai MB Perak, terdetik dihati saya, dah tak ada orang lain ke yang lebih layak dari beliau? nampaknya Umno Perak ketandusan pemimpin berkaliber. bila dah dilantik jadi menteri besar nanti sudah tentu beliau juga akan menjadi Pengerusi Umno Negeri. secara peribadinya saya tidak bersetuju dengan perlantikan beliau, tetapi saya bukan rakyat negeri Perak. sekadar pendapat peribadi saya, beliau bukanlah tokoh yang layak dinobatkan sebagai MB Perak. butir bicaranya jelas tidak matang, dia pernah meninggalkan keluar Dewan ketika Sidang DUN berlangsung hanya kerana isu remeh yang tidak masuk akal pun untuk keluar dewan. apapun Syabas Dato'.. semoga dapat berkhidmat dengan baik dan jangan sampai terlepas jawatan MB sebelum PRU 13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment