Friday, February 6, 2009

UMNO mula bermimpi di siang hari

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, angin perubahan yang telah melanda Perak tidak mustahil akan berlaku di empat negeri lain yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, hal itu adalah disebabkan sikap pemimpin parti pembangkang yang hanya memikirkan soal politik berbanding melaksanakan amanah rakyat yang memilih mereka semasa pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selepas hampir setahun diberi mandat memerintah lima negeri, Pakatan Rakyat lebih banyak memberi tumpuan memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai mereka tetapi lupa tanggungjawab membela rakyat.

"Inilah akibatnya apabila hanya memikirkan politik semata-mata. Rakyat memberi kepercayaan untuk membela nasib mereka, tetapi amanah itu tidak ditunaikan kerana mereka hanya memikirkan cara hendak memujuk wakil rakyat BN melompat parti.

"Saya percaya, keadaan ini juga boleh berlaku di Selangor, Kedah, Pulau Pinang malah tidak mustahil Kelantan, kerana pemimpin mereka hanya memikirkan politik saja," katanya di di Kluang, semalam.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengingatkan wakil rakyat BN, bahawa apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat di Perak itu juga boleh berlaku kepada BN, jika mereka tidak berhati-hati dan mengabaikan tanggungjawab. (Mstar Online)

Kerajaan BN Perak belum rasmi lagi Hishamudin dah mula memasang impian lain, agaknya memang ada perancangan UMNO untuk "membeli ADUN Pakatan" ? ini bukan pilihan rakyat ini adalah salah guna kuasa wakil rakyat. semua orang tahu macam mana kerajaan BN ini terbentuk, Dua ADUN yang mendakwa bebas itu sendiri terpalit dengan isu rasuah. saya bukan nak menjatuhkan hukuman rasuah kepada mereka tetapi tindakan mereka seolah menunjukkan mereka memang terlibat dengan rasuah... UMNO dah tewas 2 PRK tapi masih mahu bermimpi untuk menubuhkan kerajaan Negeri Mengikut pintu belakang? alangkah tak malunya kenyataan Hishamudin ini. Bubarkan DUN dan buat Pilihanraya semula baru kita tahu siapa pilihan rakyat. untuk menilai pandangan Hishamudin ini, mungkin kerajaan Negeri yang ditubuhkan dengan majoriti mudah boleh beralih arah tapi bagaimana Hishamudin boleh berangan untuk merampas Kelantan dengan cara yang sama? selepas PRU 2004 dulu UMNO dah berpeluang untuk merampas Kelantan dari pintu belakang tapi tak terdaya pun. inikan pula bila dah jauh majoritinya..
seperkara lagi Hishamudin mendakwa Kerajaan pakatan rakyat sibuk berpolitik tapi tidak menjalankan tugas untuk rakyat, buktinya Hishamudin menyebut tentang PR yang memancing ADUN BN lompat parti. soalnya? adakah PR tak berkhidmat langsung untuk rakyat? berapa banyak projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan PR Perak untuk rakyat. itu bukan khidmat ke? apa yang UMNO buat sebagai pembangkang di 5 negeri PR? sibuk mencanang isu di media. ada kalanya isunya tak logik langsung, contohnya tentang projek ternakan babi di Kedah yang diputar belitkan. dan banyak lagi. bukankah UMNO yang banyak berpolitik? apa yang UMNO buat sebagai pemerintah Malaysia sewaktu ekonomi tengah merundum sekarang? Beli Adun PR? tubuhkan Kerajaan ikut pintu belakang? berkhidmat untuk rakyat ke tu? kenapa Hishamudin tak gugurkan PPSMI yang teruk dipersoalkan dari sistem pendidikan Malaysia?

Akhirnya, sebelum mengeluarkan kenyataan eloklah Hishamudin cermin diri tu dulu. jangan buat malu orang johor je.

No comments: