Tuesday, February 10, 2009

Pemuda UMNO pembela Raja?

Sesekali seorang anak tidak mendengar kata seorang ayah adalah perkara biasa, dia mungkin degil tapi bukan derhaka, degil dan derhaka banyak bezanya, tidak mendengar kata dengan melawan juga banyak bezanya, malangnya UMNO tidak pernah tahu tentang perbezaan itu ataupun UMNO memang tak nak tahu langsung, bila dah tak dengar kata dan arahan sang raja yang menyalahi perlembagaan dianggap derhaka, bagaimana pula dengan melawan dan memalukan raja-raja? adakah memanggil raja dengan perkataan "natang" itu bukan derhaka? yang pasti itu bukan degil dan tidak mendengar kata, itulah derhaka namanya. Jebat disebut penderhaka bukan kerana dia tidak mendengar kata raja, Jebat derhaka kerana dia melawan dan menggulingkan raja. Adakah YB Nizar melawan dan cuba menggulingkan Raja? Karpal nak saman sultan pun PR tak setuju. itu hak peribadi Karpal kerana undang-undang sudah ada, yang membolehkan sultan disaman. siapa yang mengadakan undang-undang itu? jawapannya UMNO. siapa yang membenarkan sultan disaman? UMNO lah. Siapa yang derhaka sebenarnya? UMNO lah. bila pemuda UMNO dan GPMS berkumpul beramai-ramai membantah Karpal dan membakar gambar MB Pakatan Rakyat, ia disebut membela raja-raja. yang pemuda UMNO tidak sedar rakyat sedang memerhatikan mereka, sedang melihat tingkah laku media-media mereka. YB Nizar tidak derhaka tetapi UMNO lah penderhaka, mempergunakan Institusi Raja untuk kepentingan politik bukankah itu menghina Raja-raja namanya? Jika menghina, bukankah itu derhaka? Derhaka la tu!!! tak payahlah UMNO ingin berlagak Hero lagi, Rakyat yang bodoh mungkin boleh percaya tetapi kami rakyat yang cerdik bukan bodoh. Pemuda Umno patut dibubarkan. Memalukan Bangsa sendiri sahaja.

Sunday, February 8, 2009

UMNO menyamar lagi

dan kesekian kalinya UMNO membuat penyamaran lagi, heboh satu negara gegak gempita dengan PR hina sultan, alangkah baiknya UMNO dengan Sultan-sultan, alangkah taatnya UMNO dengan sultan-sultan melayu, tidak timbul lagi isu rampasan kuasa UMNO di Perak, yang timbul kini dan dimainkan ulang tayang di media tentang betapa sultan telah dihina oleh pimpinan pakatan rakyat. justeru menyamarlah orang-orang UMNO menjadi Hero buat sekalian kalinya, Rafidah Aziz pun yang senyap mula bersuara, Nizar dianggap derhaka, karpal singh dianggap biadap. walhal mereka lupa 16 tahun yang lalu, UMNO lah yang mahu mengheret raja-raja ke MAhkamah, andai umno dan semua Pnyokong Tun mahathir tidak meminda perlembagaan tentang Imuniti Raja-raja, karpal tak boleh pun menyaman sultan perak, sekarang UMNO harus bertanggungjawab sekiranya Sultan Perak disaman, bukan PR yang lulusan usul ini dulu di Parlimen. Yang luluskan adalah kerajaan UMNO yang majoriti ketika itu. berbaris dan berbantahlah UMNO dijalanan semuanya sudah terlambat. jangan berlakon jadi hero jika diri sendiri penjahat yang tidak pernah diberkas. POLIS tanggap UMNO semuanya. Mereka pengkhianat bangsa dan agama

Friday, February 6, 2009

Perak makin celaru

Mampukah kerajaan baru BN mententeramkan keadaan sekarang? Mampukah kerajaan BN berdiri dengan kukuh? apakah persepsi rakyat terhadap BN sekarang? Apa pula persepsi rakyat terhadap PR? segalanya akan terjawab jika pilihanraya DUN diadakan semula. tapi untuk itu semua berlaku adalah cukup jauh untuk difikirkankan...
Apapun kerajaan BN yang ada sekarang pun akan goyah juga. sekarang dalam kerajaan baru BN tidak ada seorang pun bangsa india,seorang wakil MCA manakala yang lain semuanya Melayu. mampukah BN berlaku adil kepada orang bukan Melayu? barisan Exco yang bakal terbentuk nanti sudah semestinya tidak menggambarkan kompasisi kaum rakyat perak keseluruhannya.
wakil bebas DUN Jelapang dan wakil MCA dalam kerajaan Perak mungkin akan membuat tindakan yang sama dilakukan oleh ADUN Behrang dan Changkat Jering sekarang seandainya kaum mereka dirasakan tidak dilayan dengan adil. maka kita tunggu dan lihat sajalah episod seterusnya Politik Perak

UMNO mula bermimpi di siang hari

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, angin perubahan yang telah melanda Perak tidak mustahil akan berlaku di empat negeri lain yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, hal itu adalah disebabkan sikap pemimpin parti pembangkang yang hanya memikirkan soal politik berbanding melaksanakan amanah rakyat yang memilih mereka semasa pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selepas hampir setahun diberi mandat memerintah lima negeri, Pakatan Rakyat lebih banyak memberi tumpuan memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai mereka tetapi lupa tanggungjawab membela rakyat.

"Inilah akibatnya apabila hanya memikirkan politik semata-mata. Rakyat memberi kepercayaan untuk membela nasib mereka, tetapi amanah itu tidak ditunaikan kerana mereka hanya memikirkan cara hendak memujuk wakil rakyat BN melompat parti.

"Saya percaya, keadaan ini juga boleh berlaku di Selangor, Kedah, Pulau Pinang malah tidak mustahil Kelantan, kerana pemimpin mereka hanya memikirkan politik saja," katanya di di Kluang, semalam.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengingatkan wakil rakyat BN, bahawa apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat di Perak itu juga boleh berlaku kepada BN, jika mereka tidak berhati-hati dan mengabaikan tanggungjawab. (Mstar Online)

Kerajaan BN Perak belum rasmi lagi Hishamudin dah mula memasang impian lain, agaknya memang ada perancangan UMNO untuk "membeli ADUN Pakatan" ? ini bukan pilihan rakyat ini adalah salah guna kuasa wakil rakyat. semua orang tahu macam mana kerajaan BN ini terbentuk, Dua ADUN yang mendakwa bebas itu sendiri terpalit dengan isu rasuah. saya bukan nak menjatuhkan hukuman rasuah kepada mereka tetapi tindakan mereka seolah menunjukkan mereka memang terlibat dengan rasuah... UMNO dah tewas 2 PRK tapi masih mahu bermimpi untuk menubuhkan kerajaan Negeri Mengikut pintu belakang? alangkah tak malunya kenyataan Hishamudin ini. Bubarkan DUN dan buat Pilihanraya semula baru kita tahu siapa pilihan rakyat. untuk menilai pandangan Hishamudin ini, mungkin kerajaan Negeri yang ditubuhkan dengan majoriti mudah boleh beralih arah tapi bagaimana Hishamudin boleh berangan untuk merampas Kelantan dengan cara yang sama? selepas PRU 2004 dulu UMNO dah berpeluang untuk merampas Kelantan dari pintu belakang tapi tak terdaya pun. inikan pula bila dah jauh majoritinya..
seperkara lagi Hishamudin mendakwa Kerajaan pakatan rakyat sibuk berpolitik tapi tidak menjalankan tugas untuk rakyat, buktinya Hishamudin menyebut tentang PR yang memancing ADUN BN lompat parti. soalnya? adakah PR tak berkhidmat langsung untuk rakyat? berapa banyak projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan PR Perak untuk rakyat. itu bukan khidmat ke? apa yang UMNO buat sebagai pembangkang di 5 negeri PR? sibuk mencanang isu di media. ada kalanya isunya tak logik langsung, contohnya tentang projek ternakan babi di Kedah yang diputar belitkan. dan banyak lagi. bukankah UMNO yang banyak berpolitik? apa yang UMNO buat sebagai pemerintah Malaysia sewaktu ekonomi tengah merundum sekarang? Beli Adun PR? tubuhkan Kerajaan ikut pintu belakang? berkhidmat untuk rakyat ke tu? kenapa Hishamudin tak gugurkan PPSMI yang teruk dipersoalkan dari sistem pendidikan Malaysia?

Akhirnya, sebelum mengeluarkan kenyataan eloklah Hishamudin cermin diri tu dulu. jangan buat malu orang johor je.

BOIKOT BARANGAN YAHUDI, SERIUSKAH KITA?

Bumi Gaza bermandi darah lagi, sekalipun telah berlaku gencatan senjata namun tiada jaminan bahawa gencatan senjata itu akan berterusan. mungkin dalam 2-3 bulan sejuk seketika namun krisis yang berlaku tidak akan berkesudahan selagi Yahudi wujud di muka bumi ini. Bangsa Yahudi merupakan bangsa yang dilaknat oleh Allah s.w.t, mereka menganggap diri mereka sebagai bangsa yang mulia berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Justeru apa jua tindakan yang mereka ambil tentunya akan menguntung mereka sahaja. Malangnya dunia hari ini telah dikuasai Yahudi. Kuasa-kuasa barat dan eropah kebanyakannya bergantung kepada ekonomi yang dipegang oleh orang-orang Yahudi. mahu tidak mahu kita terpaksa mengakui hakikat bahawa Yahudi sedang menguasai dunia.

Sebagai umat Islam adakah kita ingin berdiam diri sahaja dengan semua ini? adakah kita ingin terus membiarkan agama kita ditindas di serata dunia? dimana nilai keimanan kita? adakah iman kita sekarang sekadar membenci dengan hati? sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman. dimana semangat pejuang-pejuang dulu? adakah telah luntur di selimuti keselesaan dunia?

salah satu cara yang dicadangkan untuk kita mengajar pihak yahudi ini adalah dengan memboikot barangan keluaran yahudi dengan harapan apabila kita memboikot barangan yahudi ini, ekonomi mereka akan menjadi lemah dan seterusnya mengurangkan kekuasaan mereka terhadap dunia. Denmark pernah merasai betapa kuasa pembeli Muslim mampu membuatkan meraka gelabah. Gara-gara karikatur yang menghina Nabi Muhammad, seluruh Umat Islam bangun menentang. Apakah tidak boleh dilakukan perkara yang sama ke atas Israel dan sekutunya Amerika?

disini, beberapa persoalan telah ditimbulkan sehingga membantutkan usaha untuk memboikot barangan yahudi ini.

Persoalan yang Pertama:
Amerika adalah kuasa ekonomi dunia,kebanyakan negara-negara Islam menggunakan matawang Dollar dala urusan perdagangan mereka,Amerika juga antara pelabur utama di negara-negara Islam termasuk Malaysia,serta Malaysia juga menjadikan Amerika sebagai antara negara yang membeli barangan Malaysia jika ekonomi Amerika jatuh disebabkan oleh boikot kita maka ekonomi kita juga akan turut menerima padah. sanggupkah kita memboikot kalau negara kita sendiri akan terkesan dengan perkara ini?

Sudah agak lama persoalan ini dimainkan, malangnya tidak ada usaha sedikitpun dari negara-negara Islam untuk menghentikan kebergantungan terhadap Ekonomi Amerika. sampai bila kita ingin menghalalkan pembunuhan demi pembunuhan saudara seislam kita sendiri hanya kerana kepentingan diri kita sendiri. Krisis Israel-Palestin telah tercetus sejak 1940an lagi malangnya sehingga sekarang negara Islam gagal mencapai kata sepakat untuk memperteguhkan ekonomi dikalangan mereka. kebergantungan terhadap Amerika menjadi senjata makan tuan terhadap umat Islam. sampai bila kita akan menggunakan alasan ini untuk tidak memboikot barangan Israel?

Persoalan yang Kedua:
Barangan yang ingin diboikot adalah barangan yang bermutu tinggi dan kebanyakan pekerja yang bekerja disyarikat terbabit juga adalah orang Islam, adakah alternatif lain sekiranya boikot ini dilakukan? apakah nasib pekerja-pekerja Islam ini jika Boikot dilakukan?

sekali lagi persoalan ini sudah agak lama dipersoalkan malangnya tidak ada tindakan susulan yang benar-benar dapat membantu menyelesaikan persoalan ini. akibatnya orang terus-terusan bekerja di Syarikat Yahudi dengan meraka tidak menyedarinya. apa salahnya jika kita mewarwarkan kepada orang Islam yang belum bekerja supaya jangan bekerja disitu dan kepada yang bekerja disitu supaya berhenti cari kerja di tempat lain.jika kita benar-benar ingin memboikot barangan Yahudi itulah caranya. sememangnya diakui kebanyak yang ingin diboikot adalah barangan yang bermutu dan berjenama malahan ada setengahnya tak termampu pun untuk kita beli, tak ada hal pun kalau tak beli kan? barang-barangan yang tidak alternatif mungkin boleh dimaafkan sekiranya kita membelinya juga dengan tujuan untuk memperkuatkan ummat Islam sendiri contohnya barangan komputer dan teknologi terkini tetapi apakah barangan kepenggunaan juga yang ada alternatifnya kita ingin membeli barangan Yahudi juga? ada banyak syarikat-syarikat yang muslim yang menghasilkan produk bermutu, antaranya HPA,Bio-Asli,HALAGEL,MUKMIN,SAFI dan sebagainya. carilah yang halal. bukankah mencari yang Halal itu Fardhu bagi umat Islam?

Akhirnya. Adakah kita masih ingin terus menyokong produk-produk Yahudi. Bantulah Ummat Islam dengan menyokong Ekonomi Ummat Islam. jangan lagi kita bersekongkol dengan Yahudi. Ingatlah tentang kisah seekor burung yang cuba memadam api yang membakar Nabi Ibrahim dengan membawa air dari paruhnya sahaja. walaupun sedikit tetapi burung tersebut tidak ingin menjadi orang yang tidak berbuat apa-apa untuk agamanya.

Thursday, February 5, 2009

Dato Zambry Abd Kadir MB Perak

Saya tidak berapa mengenali Dato' Zambry cuma yang saya ingat dia pernah berdebat bersama dengan Dato' Husam Musa beberapa tahun lalu. dalam debat yang di pengerusi oleh Dato' Johan itu kesimpulan yang saya tengok dan boleh saya buat Dato' Zambry tewas dan terkelu dengan hujah-hujah Dato' Husam. walaupun digambarkan Dato Zambry sebagai salah seorang tokoh muda yang semakin meningkat naik di Perak pada ketika itu. Justeru apabila Pak Lah mengemukakan nama beliau sebagai MB Perak, terdetik dihati saya, dah tak ada orang lain ke yang lebih layak dari beliau? nampaknya Umno Perak ketandusan pemimpin berkaliber. bila dah dilantik jadi menteri besar nanti sudah tentu beliau juga akan menjadi Pengerusi Umno Negeri. secara peribadinya saya tidak bersetuju dengan perlantikan beliau, tetapi saya bukan rakyat negeri Perak. sekadar pendapat peribadi saya, beliau bukanlah tokoh yang layak dinobatkan sebagai MB Perak. butir bicaranya jelas tidak matang, dia pernah meninggalkan keluar Dewan ketika Sidang DUN berlangsung hanya kerana isu remeh yang tidak masuk akal pun untuk keluar dewan. apapun Syabas Dato'.. semoga dapat berkhidmat dengan baik dan jangan sampai terlepas jawatan MB sebelum PRU 13.

Apa Citer Perak ni?

melihat wajah senyuman najib di akhbar-akhbar utama hari ini rasa meluat pulak aku. akhirnya najib tunjukkan juga siapa dirinya yang sebenar, belang najib yang tersimpan lama akhirnya terserlah sudah. sejurus dilantik jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak akhirnya inilah kesannya. najib bukan menawan hati rakyat tapi menawan hati wakil rakyat. Pergolakan politik Perak belum berakhir, bolehkah BN mewujudkan kerajaan juga masih belum tentu. 28-28 bukan ada pemenang, yang 3 lagi adalah bebas, bebas segala-galanya, bebas melompat juga, bebas bercakap dan bebas sebebasnya, apatah lagi yang 2 tu terpalit isu rasuah yang belum padam. stabilkah kerajaan BN nanti? kesian orang Perak. aku orang kelantan turut merasa simpati. dulu kerajaan PAS menang 1 kerusi dengan lebih 2 undi pun tak lah sampai runtuh kerajaan. tak tahulah aku nak kata. kesimpulan mudah dari aku, buatlah pilihanraya semula.

ramai orang cuba mebandingkan situasi lompat parti YB Nasa ke PKR dengan YB Nasa dan yang lain dari PKR ke BN/bebas adalah sama. justeru mereka menganggap kenapa PR melenting dan minta diadakan pilhanraya semula sedangkan masa YB Nasa melaompat tak pula timbul isu Pilihanraya semula. mereka ni tak tahu ataupun sengaja tak nak tahu banyak beza antara lompatan pertama dan lompatan kedua YB Nasa banyak bezanya, lompatan pertama beliau tak jauh sangat, tak menggugat mana-mana kerajaan pun. lompatan kedua lagi jauh siap boleh tumbang kerajaan lagi,untung-untung nanti YB Nasa boleh jadi MB. peluang terbuka luas. lagipun YB Nasa bukan calang-calang pemimpin. itulah bezanya, susah sangat ke nak bezakan. nasib seluruh rakyat Perak kini seolah dipermainkan oleh UMNO.

aku tak nak tuduh sapa-sapa rasuah tapi semua boleh pikir la sendiri kan?