Saturday, March 12, 2011
Monday, November 1, 2010
Fakta Bola Sepak Piala Malaysia 2010.

Perjuangan panjang bola sepak kelantan akhirnya dijulang dengan gelaran juara Piala Malaysia yang baru...setelah berdekad malahan hampir seabad menunggu... catatan sejarah terlakar juga di Stadium Nasional Bukit Jalil, 30 oktober 2010 jam 10.55 malam setelah pengadil meniupkan wisel penamat perlawanan akhir kelantan melawan negeri sembilan dengan kemenangan berpihak kelantan 2-1.
beberapa perkara menarik yang penulis ingin kongsi bersama peminat dan penyokong fanatik kelantan...
1- Kelantan menjuarai Piala Malaysia setelah 89 tahun..
2- Negeri Sembilan menjuarai piala malaysia 2009 dengan menghadiahkannya sempena pertabalan sultan mereka yang baru, manakala Kelantan juga menjuarai piala malaysia setelah pertabalan sultan yang baru iaitu sultan Muhammad kelima... sangat menarik kebetulan ini.. Johor juga mendapat sultan yang baru tahun ini... adakah mungkin johor akan merangkul piala malaysia nanti?
3- Pemain Terbaik perlawanan akhir 2010 Hairudin Omar merupakan pemain pinjaman negeri sembilan dalam perlawanan akhir yg lalu..menjaringkan gol pada kedua-dua perlawanan akhir.
4-jumlah penonton yang manyaksikan perlawanan kali ini mungkin yang teramai dalam sejarah. hampir 85,000 orang..yang menariknya 2/3 penonton adalah penyokong kelantan.
5- kemeriahan perlawanan akhir piala malaysia kali ini menenggelamkan kempen pilhanraya kecil DUN galas di Gua Musang kelantan..
6- skrip piala malaysia tahun ini hampir sama dengan skrip piala dunia apabila pasukan yang muncul juara adalah pasukan yang tewas perlawanan pertama peringkat kumpulan.
7- Harga tiket Perlawanan akhir dinaikkan 50%...namun sambutan penonton masih lagi meriah.
8- jurulatih kelantan B. sathianathan berasal dari negeri sembilan, manakala jurulatih negeri sembilan wan jamak wan hassan berasal dari johor.. Negeri Sembilan menewaskan johor fc dalam perlawanan separuh akhir...dan kelantan menewaskan negeri sembilan dalam perlawanan akhir..
9- kelantan memang layak bergelar juara piala malaysia kerana hanya tewas 2 perlawanan sepanjang tahun ini.. liga super 0-1 kepada kedah dan piala malaysia perlawanan pertama peringkat kumpulan 0-1 kepada negeri sembilan...juara liga super, selangor kalah 3 perlawanan dalam aksi liga super.. yang membezakan mata kelantan dengan selangor hanyalah jumlah kemenangan yang lebih banyak berpihak selangor dan kelantan lebih banyak seri.
10- sebelum kempen piala malaysia bermula, pemain-pemain kelantan telah menunaikan umrah di mekah...mungkin ada doa untuk menjulang piala malaysia yang dimakbulkan Allah.
Thursday, October 14, 2010
SILATURRAHIM...
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”
Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Masakan manusia boleh hidup keseorangan. tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.
saya percaya, ramai antara kita mahu rezeki yang banyak, ramai antara kita mahu umur yang panjang...jalinkanlah silaturrahim antara kita nescaya kita akan merasai himahnya silaturrahim ini... kalau saudara-saudara merasa tidak cukup dengan rezeki yang ada sekarang, cubalah menjalinkan silaturrahim..dengan rahmat Allah rezeki akan datang melimpah-limpah pada kita...semoga juga umur kita dipanjangkan Allah dan bertambah juga amal ibadat kita.
Sunday, May 23, 2010
Takaful dan Anda!!
Bercakap tentang Takaful ataupun Insurans ramai orang memandang sinis tentang keperluannya kepada masyarakat... ini berlaku kerana kebanyakan dari kita hanya memikirkan kehidupan yang singkat dan tidak bersedia untuk menghadapi musibah dan bencana yang bakal menimpa..seperti kemalangan, penyakit kritikal, mahupun kematian.
Kenapa kita memerlukan takaful?
Ada banyak sebab yang menjadikan takaful sekarang sebagai keperluan kepada kita malah sebanarnya lebih perlu kita mempunyai takaful berbanding kereta..antaranya setiap kereta di atas jalanraya di malaysia memerlukan roadtax yang mewajibkan setiap kereta itu ada perlindungan takaful/insurans.. setiap orang yang ada kereta sudah tentu lebih memerlukan takaful berbanding keretanya sendiri.. seandainya suatu kemalangan berlaku adakah logik sekiranya kereta rosak boleh dibaik pulih dengan wang takaful sedangkan pemandu kereta yang terlantar di hospital tidak mendapat apa-apa.ataupun mendapat sedikit sahaja dari wang takaful berbanding kos baik-pulih kereta... sekiranya kereta pun ada takaful. tuan kereta tidak ada takaful.. siapa pula yang akan membayar kereta itu sekiranya tuan kereta meninggal dengan tiada meninggalkan wang walau sesen pun? akhirnya kereta kena tarik oleh bank..
Ada sesetengah orang berdalih dengan mengatakan dia tidak memerlukan takaful kerana sudah memiliki wang simpanan yang banyak di bank.. ini adalah sikap mementingkan diri yang sangat bahay dalam pemikiran orang kita sekarang... duit yang dia ada itu disangkanya boleh memberi manafaat yang banyak kepada dirinya sedangkan sedekah dan amal jariah adalah antara yang boleh menemani kita bila kita meninggal dunia nanti..
jadikanlah penyertaan kita dalam skim takaful sebagai satu jalan untuk kita bersedekah kepada yang memerlukan tanpa kita sendiri tidak mengenali penerima sedekah tersebut dan sebaliknya penerima juga tidak kenal kita..ini adalah sedekah yang paling baik kerana "tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu" inilah sedekah yang sebenarnya telah disediakan caranya oleh syarikat-syarikat takaful yang sering kali kita perlekehkan.. justeru itu bagi meningkatkan ekonomi ummat Islam dan MELAYU marilah kita sama-sama menyertai skim takaful ini yang bantu-membantu sesama kita...semoga tidak ada lagi kita lihat ramainya saudara mara kita yang menderita akibat ketidak mampuan mereka menghadapi kesusahan hidup hanya kerana tidak beringat ketika senang...
sebagimanaa sabda nabi yang mana mafhumnya: " Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara, saat sihat sebelum sakit, saat muda sebelum tua, saat kaya sebelum miskin, saat lapang sebelum sempit dan saat hidup sebelum mati"... Justeru sebagai ummat Islam kita seharusnya lebih mengetahui perkara ini berbanding bangsa lain..dan sudah tentu sepatutnya jika kita mengamalkan semua ini kita tidak akan miskin dan susah.
sekian..
Friday, May 14, 2010
Cabaran Pertama!
ingin ku nukilkan pengalaman pertamaku dalam menyampaikan ilmu Allah. pengalaman yang mendebarkan,melucukan pun ada..sedih apatah lagi...
malam tadi, aku ke surau sebagaimana biasa, surau tu dekat sahaja dengan rumahku, rumahku yang baru kudiami setelah berpindah... aku dikira jemaah baru di surau tersebut. maklumlah baru dua bulan kat situ, aku jarang ke surau ni sebab tak ada aktiviti keagamaan sangat. biasa aku ke masjid ataupun surau yang agak jauh sikit dari surau taman aku ni..sebab aktiviti kuliahnya banyak.jadi dapatlah menimba ilmu serba sedikit... sesampai di surau kulihat hanya ada seorang jemaah yang sedang menyapu kat luar ruang solat..imam dan bilal tak ada..sedangkan pada masa tu lebih kurang 2-3 minit lagi nak masuk waktu solat maghrib... jemaah tersebut yang kukenal bukanlah Bilal di situ melaungkan azan setelah masuknya waktu solat maghrib.. bilal tidak juga kelihatan.. kemudian datanglah beberapa orang lagi jemaah setelah azan dilaungkan.. atas gelaran ustaz yang aku pegang sementalah pula aku lulusan al-azhar, maka diminta ku jadi imam kerana imam tak ada...bilal pun tak ada...
selesai solat, aku pun diminta oleh jemaah untuk menagdakan majlis membaca yasin dan sedikit tazkirah...dalam isi tazkirah tu aku sebut tentang niat dan juga bab ilmu..,golongan-golongan yang mengajar,menuntut ilmu,mendengar ilmu dam suka kepada ilmu,jangan jadi yang kelima... serba sedikit kefahaman aku tentang hadis ini aku terangkan kepada jemaah...alhamdulillah sambutannya baik.. sehingga ada jemaah yang minta diadakan lagi majlis sebegitu..
MALANGNYA, selesai tazkirah dan bilal mula bersiap melaungkan azan... datanglah imam memanggilku.." ustaz sini kejap" aku terus mengikut imam ke penjuru surau.. aku sudah bersedia untuk disoal siasat..kerana sebelum ini aku telah mendengar tentang sikap imam ini terhadap majlis ilmu yang diadakan di surau ini... " ustaz minta kebenaran sapa buat yasinan dan tazkirah tadi" "saya dah dapat kebenaran dari pengerusi surau" aku membalas... dia terdiam sejenak.. serentak itu bilal sedang melaunkan azan.. dia mula membebel dan memberi ingatan padaku.. " ustaz ada tauliah dari mana? apa kelulusan ustaz?, saya tak kenal ustaz,ustaz pun tak kenal saya, jangan memandai-mandai disini, kat surau ni hanya saya dengan bilal jer yang ada kuasa dari pejabat agama, ustaz jangan suka-suka" bebelan imam dengan laungan azan bilal bersama masuk ke telingaku, nyata saat itu menyesakkan dadaku.. "orang sini bukan tak tahu buat ustaz cuma tak nak buat jer" nyata imam telah menonjolkan sikapnya yang sebelum ini cuma ku dengar dari mulut-mulut jemaah lain yang tidak semuanya kuterima dan percaya..namun sejenak peristiwa itu dan kata-katanya yang kurang adab disaat bilal melaungkan azan pula... hilang terus rasa hormatku padanya..
oh tuhan... bagaimana inginku sedarkannya...paling penting bagaimana aku ingin meghidupkan surau ini... supaya jadi medan pengemblengan tenaga memantapkan ilmu dan thaqafah penduduk disini... seterusnya menjadi pencetus perubahan yang akan menukar sikap masyarakat lebih berilmu.. moga dibukakan jalan untukku.. amin..
Tuesday, May 4, 2010
Bola...Bola...Bola..
Entah mengapa, bila disebut piala dunia..semua akan mengaitkan dengan bola sepak..meskipun sukan-sukan lain juga ada kejohanan piala dunia.. inilah buktinya bola sepak merupakan sukan paling diminati di bumi.. sebagaimana sesuatu jenama dikaitkan dengan nama yg umum membuktikan kehebatan jenama itu..contohnya colgate utk ubat gigi..orang dulu-dulu selalu sebut colgate untuk beli ubat gigi.. begitu juga Milo untuk minuman coklat/koko.. itulah dinamakan kehebatan..
Berbalik kepada bola sepak... sukan yang cukup digilai ini menghasilkan berbilion-bilion dollar keuntungan melalui industri bola sepak.. segenap penjuru sukan ini boleh menghasilkan pendapatan yang agak lumayan.. ini semua terjadi kerana kegilaan terhadap bola sepak...sementelah pula 4 tahun sekali pesta gila-gila bola dihidupkan dengan jayanya.. kerana bola manusia sanggup hilang nikmat tidur... berjaga depan tv untuk tengok bola.. sesuatu yang liat untuk dilakukan diluar musim pesta piala dunia bola sepak, berjaga...semata-semata untuk tengok bola.. qiamulail yang terang-terang disunatkan dan memberi manfaat kepada ummat islam..terus terbiar layu tanpa mahu diambil kesempatan menyuburkannya... alangkah baik dan indahnya sekiranya waktu menunggu siaran langsung bola itu diisi dengan solat 2 rakaat... ataupun sewaktu siaran berhenti rehat di pertengahan perlawanan, kita rajin-rajinkan diri mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat dua rakaat.. alangkah indahnya saat itu...
kita mampu melakukan sebenarnya tetapi kita tidak mahu melakukannya... kenapa?
kerana kita tergoda dengan keasyikan dunia yang sebenarnya tidak memberi faedah kepada kita... untuk itu sama-samalah kita sedia untuk berubah..bermula disini
Monday, April 26, 2010
yang melingkari hidup
nak cari duit lebih buat belanja hidup...
nak bagi anak-anak rezeki mereka...
nak bagi kebahagiaan untuk yang dekat dgn kita
nak berhubung dengan yang jauh dengan kita
nak hidup bahagia,aman dan sentosa..
nak jadi org berguna dan bermanafaat..
nak cerita tentang kebenaran tapi takut...
siapa kita nak jadi... jadilah hamba yang taat.. kita akan bahagia
Thursday, March 4, 2010
Sajak Untuk Rasulullah
takkan kubiar api cinta ini padam,
biarlah membara di jiwa
rindu yang terbiar lama,
ingin kubasahi dengan cinta,
sunnah mu akan ku ikuti,
elok pekertimu akan ku contohi,
setiap gerak langkah,
ingin ku sejiwa denganmu,
Demi Islam,Demi Allah,
Demi kekasihNya adalah kekasihku
biar nyawa ini terpadam
namun cintaku padamu takkan padam
selamanya ingin ku abadikan,
maafkan aku....
andai ada tingkah tersasar iman,
akibat gelojoh nafsu pudar setia,
janjiku padamu,
aku akan terus menyintaimu,
selamanya...
Monday, February 1, 2010
Royalti oh royalti...
terdahulu, dato' awang adek, minta kerajaan negeri bawa kes ini ke mahkamah, lantang sungguh mereka mencabar, sedangkan mereka tidak sedar, mereka sebenarnya sedang mencabar seluruh rakyat kelantan. Tg Razaleigh hamzah, pemimpin veteran yang masih menjadi satu ikon politik kelantan, berceramah di pentas GEGAR menyatakan kelantan berhak dapat royalti.. apa lagi? umno ingin menafikan lagi? royalti memang berhak untuk kelantan, sebagaimana Terengganu yang diberi royalti sebelum 1999, begitulah juga kelantan.
jika direnung, kalau terengganu tak berhak dapat royalti,kenapa sebelum 1999 diberi royalti? kalau tak berhak dapat royalti kenapa diberi? atas nama royalti? selepas 1999 dinamakan wang ehsan? tup-tup awal 2009 dapat balik royalti, julai 2009 kelantan tuntut royalti, tup-tup terengganu pun tak dapat pulak.. pelik bukan?
bolehkah kita katakan bahawa wang royalti yang dibayar sebelum 1999 kepada Terengganu sebagai "wang haram" kerana mengikut kerajaan pusat terengganu tak berhak dapat royalti, ataupun kita kata wang ehsan yang terengganu dapat selepas 1999 sebagai wang haram? kerana sepatutnya terengganu dapat royalti? inilah akibatnya bila hak rakyat dipolitikkan oleh UMNO.
bersama kita tolak UMNO untuk KEADILAN seluruh Malaysia.
Sunday, January 10, 2010
ALLAH (TUHAN SEKALIAN ALAM )YANG ESA
beberapa persoalan ingin saya timbulkan buat renungan kita bersama. secara asanya bukan islam boleh menggunakan Perkataan Allah namun positif dan negatifnya perlu diperhalusi. janganlah kita mendahulukan emosi dari ilmu dan akal.
sekiranya kristian menggunakan Allah sebagai ganti nama tuhan:
1) mereka akan kata Allah ada tiga
2) mereka akan kata Nabi Isa anak Allah.
3) anak muda melayu Islam yang dangkal ilmu agama akan kata "Oh Betul ke? Ustaz tak cakap pun.
4) anak muda tadi dan melayu yang dangkal ilmu agamanya akan terjerumus dalam konflik aqidah yang teruk.
orang islam bimbangkan ini berlaku tapi:
1) sebenarnya dah lama ini berlaku
2)orang melayu ramai yang tak kenal Allah. kalau kristian kata Allah ada tiga pun mereka percaya.
3) isu murtad dulu pun tak selesai lagi, tak der respon pun dulu.
4) kes lina joy masuk kristian, tak sedar pun orang melayu.
5) sekarang orang Islam boleh mohon untuk murtad, tak sensitif pun orang melayu.
dah tu apa yang kecoh sangat sekarang ni?
1) sebab dah kritikal sangat dah
2) kalau tak sekat nanti makin ramai orang melayu masuk kristian.
3) anak muda sekarang bukan tahu bab aqidah sangat pun
4) orang melayu mudah sangat kena tipu.
rasionalnya:
1) orang melayu kena perkukuhkan aqidah.
2) Kristian kata apa pun kita tak keliru, sebab dah kuat aqidahnya.
3) anak muda kena dididik dengan islam bukan hiburan
positifnya kalau orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah.
1) orang Islam boleh bercakap tentang Allah dimana-mana, peluang dakwah lebih luas, tak perlu pikir sensitiviti kaum sangat.
2) orang Islam perlu lebih kuat aqidahnya, orang melayu akan mempertahankan aqidahnya sekuat-kuatnya.kalau tidak, mereka akan tersungkur dan tersesat.
hakikatnya, Allah tuhan sekalian alam, dan wajiblah kita mempercayai bahawa Dia adalah yang Esa...berdoalah juga kita supaya semua orang Malaysia akan beragama Islam.dan punyai Aqidah yang satu.
Monday, July 27, 2009
Bola Sepak Malaysia Entah Ke mana.
terbaru, tahun depan format liga malaysia mungkin sekali lagi berubah. pahang yang sepatutnya turun ke liga perdana tahun depan mungkin tidak akan turun seandainya format tahun ini berubah. itulah bola sepak malaysia. ada beberapa tindakan FAM yang saya dapati kurang adil dan menjahanamkan bola sepak malaysia sendiri antaranya:
1) Kelantan pernah terjerumus ke liga FAM setelah terperosok didasar liga perdana, namun setahun kemudian melaka telah terselamat dari terjerumus ke liga perdana apabila diselamatkan FAM. apa jadi pada pasukan melaka sekarang?
2) Selangor pernah terjerumus ke liga perdana, tetapi pahang telah terselamat dengan pertambahan pasukan liga super pada tahun 2007.
3) bilangan kelab yang banyak dari lembah kelang akan menyebabkan banyak perlawanan dilangsungkan di lembah kelang, ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada pasukan lembah kelang dari segi tenaga yang digunakan untuk sesuatu perjalanan jauh. sebagaimana yang berlaku tahun ini persaingan diantara pasukan selangor dan perlis jelas tidak berapa adil apabila perlis terpaksa mengharungi perlawanan yang jauh sedangkan selangor seolah-olah bertanding di tempat sendiri dalam 5 perlawanan terakhir.
4) hukuman yang dikenakan ke atas pasukan kelantan dengan terpaksa bermain di gelanggan berkecuali selama 5-6 perlawanan menyebabkan mutu permainan mereka juga berkurangan kerana keletihan mengharungi jarak perjalanan yang terlalu jauh diantara Kota Bharu dan Kuala Lumpur. sedangkan sebelum hukuman ini di jatuhkan kelantan adalah antara pesaing utama untuk merangkul kejuaraan liga. sepatutnya FAM harus mengambil kira faktor ini dalam mengambil keputusan. bukan sekadar menjatuhkan hukuman semata-mata.
5) jadual perlawanan yang sentiasa berubah dan vanue perlawanan yang sentiasa berubah juga mengakibatkan mood pertandingan bola sepak di Malaysia tidak dirasai sangat oleh peminat bola sepak Malaysia.
akhirnya, saya mengharapkan akan ada perubahan dari pihak FAM dalam memperkasakan lagi liga Malaysia. sememangnya banyak lagi peraturan dan ketidak adilan yang berlaku dalam bola sepak malaysia yang tidak saya nyatakan di sini. majulah sukan untuk negara.
Friday, July 10, 2009
anak angkat, anak emas

sudah berapa kali pilihanraya kecil di kelantan umno berjanji nak jadikan kawasan pilihanraya tu sebagai anak angakat, dulu masa pilihanraya kecil sungai pinang dan limbongan, Umno kata nak jadikan 2 kawasan tu sebagai wilayah persekutuan, Umno kalah pilihanraya tu tapi umno dapat balik kerusi tu sebab mahkamah putuskan wakil rakyat yang lompat parti masih kekal sebagai ADUN. senyap jer wilayah persekutuan di kelantan lepas tu,
pilihanraya kecil pengkalan pasir, umno berjanji lagi nak buat anak angkat juga, akan ada jawatankuasa peringkat kabinet yang akan majukan pengkalan pasir kalau BN menang, ditakdirkan tuhan BN menang juga di situ, saya adalah salah seorang pengundi di situ. tak cukup dengan anak angkat, Anuar Musa pula berjanji akan buat satu jejantas merentangi jalan keretapi bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di bandar pasir mas. Anuar kata lagi, kalau kerajaan tak buat jejantas tu sebelum bulan 6 tahun 2007,BN melalui kerajaan pusat akan buat, sudahnya selepas bulan 6 kerajaan negeri tak buat, BN pun senyap jer tak buat apa pun, kerajaan negeri jugalah yang buat jejantas tu sekarang. lepas menang pilihanraya tu, Najib ketuai jawantankuasa peringkat kabinet nak majukan pengkalan pasir, sudahnya senyap juga.. saya pengundi pengkalan pasir menasihatkan pengudi manek urai jangan percaya janji UMNO. memang tipu hidup-hidup
Friday, July 3, 2009
UMNO tak ikhlas
gegak gempitalah bersorak sekalian UMNO dan BN, dikatanya pakatan rakyat tak kukuh, diaktanya juga pakatan rakyat itu pakatan rapuh. pemimpin-pemimpin UMNO yang dulu ditanya tentang kerajaan perpaduan senyum meleret dan bermanis muka setuju dan positif, tapi bila kerajaan PAS kedah buat keputusan roboh pusat sembelih babi, tak terkata pun diorang, yang disibuknya DAP keluar pakatan. dulu kerajaan kedah bagi kuota perumahan 50% untuk bumiputera UMNO diam juga. tak kata apa pun...semua tu kan untuk kepentingan melayu? roboh pusat sembelih pun untuk jaga kemaslahatan orang melayu juga. kenapa UMNO diam? tak cakap apapun?
memang kita tak boleh pertikai orang tu ikhlas ke tidak, tapi kita boleh rasa orang tu ikhlas ke tidak.
kalau dah gini perangai UMNO,bila nak ikhlas?
Thursday, July 2, 2009
surat terbuka untuk Dato Ibrahim Ali.
selawat dan salam buat nabi junjungan serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.
kehadapan Dato' Ibrahim Ali.
(ahli parlimen Pasir Mas)
pertama dan utama didoakan dato' dalam keadaan sihat wal afiat sentiasa, semoga sentiasa dikurniakan rahmat dan kasih sayang dari Allah s.w.t.
Dato' sudah lebih 16 purnama dato bergelar wakil rakyat kepada warga pasir mas. selama itu jugalah rakyat Pasir Mas berharap dato' benar-benar menjadi suara rakyat Pasir Mas yang sejati. Namun sebagai pengundi dato' saya merasakan semakin lama semakin terhina dengan sikap dan kelakuan dato'.
dulu, sewaktu dato' diumumkan sebagai calon di pasir mas,saya merasa sangsi,tapi mengenangkan dato' pada ketika itu kelihatan sudah insaf dari perangai-perangai buruk suatu ketika dulu,maka saya cukup teruja untuk mengundi dato'. pada ketika itu saya amat berharap dato' akan menjadi pembela dan pejuang rakyat pasir mas. dato' juga saya harap akan menjadi lebih dekat di hati rakyat pasir mas.
di awal kemunculan semula dato' di parlimen, saya memang bangga dengan dato' bilamana dato mencadangkan tuan guru abdul hadi atau Tuan guru nik aziz yang menjadi perdana menteri Malaysia bagi mendapat berkat berketuakan ulama. sekali lagi saya teruja dan merasakan pilihan dan undian saya berbaloi.
namun rupanya panas tak sampai ke petang, hujan juga di tengah hari. seluruh harapan dan impian saya musnah sekelip mata, kalau dulu dato mengkritik UMNO dengan setelusnya dan sesekali mengkritik Pas. tetapi sekarang segala serangan dato' ditujukan kepada PAS dan pakatan rakyat. memang setiap manusia ada kelemahannya dan harus ditegur. tapi sejak akhir-akhir ini teguran dan kritikan dato' bukan lagi untuk kepentingan rakyat tetapi seakan ada muslihat politik yang nyata.
mungkin dulu dato' tidak suka Pak Lah. tapi sekarang pak lah dah tak ada kuasa, lantas saya dapat merasakan dato' mula terhegeh-hegeh mengampu najib. alasan dato' ialah perpaduan melayu. memang saya tahu dato' pemimpin melayu,dan kerana itulah agaknya dato' terlalu mengagungkan melayu. Islam dato' saya tak nampak. maaf
saya ingin bertanya dato', seandainya betul dato' bertingkah di atas dasar perpaduan melayu, dan dato' juga memperlekehkan kerajaan negeri kelantan dalam menguruskan ekonomi negeri. kenapa dato' diam membisu bila timbul isu royalti minyak kelantan? inilah suara kami rakyat pasir mas. kami mahu negeri kami maju tapi jangan pula disekat hak kami..kalau benar dato' memperjuangkan perpaduan melayu. di atas titik ekonomi dan royalti inilah dato' seharusnya berdiri. kerana negeri kita negeri melayu.
akhirnya...
semoga dato' dapat merasakan denyut nadi rakyat pasir mas. kalau bersama kami masuklah Pas, kerana kami mengundi Pas bukan Ibrahim Ali.
Tuesday, February 10, 2009
Pemuda UMNO pembela Raja?
Sunday, February 8, 2009
UMNO menyamar lagi
Friday, February 6, 2009
Perak makin celaru
Apapun kerajaan BN yang ada sekarang pun akan goyah juga. sekarang dalam kerajaan baru BN tidak ada seorang pun bangsa india,seorang wakil MCA manakala yang lain semuanya Melayu. mampukah BN berlaku adil kepada orang bukan Melayu? barisan Exco yang bakal terbentuk nanti sudah semestinya tidak menggambarkan kompasisi kaum rakyat perak keseluruhannya.
wakil bebas DUN Jelapang dan wakil MCA dalam kerajaan Perak mungkin akan membuat tindakan yang sama dilakukan oleh ADUN Behrang dan Changkat Jering sekarang seandainya kaum mereka dirasakan tidak dilayan dengan adil. maka kita tunggu dan lihat sajalah episod seterusnya Politik Perak
UMNO mula bermimpi di siang hari
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, angin perubahan yang telah melanda Perak tidak mustahil akan berlaku di empat negeri lain yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, hal itu adalah disebabkan sikap pemimpin parti pembangkang yang hanya memikirkan soal politik berbanding melaksanakan amanah rakyat yang memilih mereka semasa pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selepas hampir setahun diberi mandat memerintah lima negeri, Pakatan Rakyat lebih banyak memberi tumpuan memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai mereka tetapi lupa tanggungjawab membela rakyat.
"Inilah akibatnya apabila hanya memikirkan politik semata-mata. Rakyat memberi kepercayaan untuk membela nasib mereka, tetapi amanah itu tidak ditunaikan kerana mereka hanya memikirkan cara hendak memujuk wakil rakyat BN melompat parti.
"Saya percaya, keadaan ini juga boleh berlaku di Selangor, Kedah, Pulau Pinang malah tidak mustahil Kelantan, kerana pemimpin mereka hanya memikirkan politik saja," katanya di di Kluang, semalam.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengingatkan wakil rakyat BN, bahawa apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat di Perak itu juga boleh berlaku kepada BN, jika mereka tidak berhati-hati dan mengabaikan tanggungjawab. (Mstar Online)
Kerajaan BN Perak belum rasmi lagi Hishamudin dah mula memasang impian lain, agaknya memang ada perancangan UMNO untuk "membeli ADUN Pakatan" ? ini bukan pilihan rakyat ini adalah salah guna kuasa wakil rakyat. semua orang tahu macam mana kerajaan BN ini terbentuk, Dua ADUN yang mendakwa bebas itu sendiri terpalit dengan isu rasuah. saya bukan nak menjatuhkan hukuman rasuah kepada mereka tetapi tindakan mereka seolah menunjukkan mereka memang terlibat dengan rasuah... UMNO dah tewas 2 PRK tapi masih mahu bermimpi untuk menubuhkan kerajaan Negeri Mengikut pintu belakang? alangkah tak malunya kenyataan Hishamudin ini. Bubarkan DUN dan buat Pilihanraya semula baru kita tahu siapa pilihan rakyat. untuk menilai pandangan Hishamudin ini, mungkin kerajaan Negeri yang ditubuhkan dengan majoriti mudah boleh beralih arah tapi bagaimana Hishamudin boleh berangan untuk merampas Kelantan dengan cara yang sama? selepas PRU 2004 dulu UMNO dah berpeluang untuk merampas Kelantan dari pintu belakang tapi tak terdaya pun. inikan pula bila dah jauh majoritinya..
seperkara lagi Hishamudin mendakwa Kerajaan pakatan rakyat sibuk berpolitik tapi tidak menjalankan tugas untuk rakyat, buktinya Hishamudin menyebut tentang PR yang memancing ADUN BN lompat parti. soalnya? adakah PR tak berkhidmat langsung untuk rakyat? berapa banyak projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan PR Perak untuk rakyat. itu bukan khidmat ke? apa yang UMNO buat sebagai pembangkang di 5 negeri PR? sibuk mencanang isu di media. ada kalanya isunya tak logik langsung, contohnya tentang projek ternakan babi di Kedah yang diputar belitkan. dan banyak lagi. bukankah UMNO yang banyak berpolitik? apa yang UMNO buat sebagai pemerintah Malaysia sewaktu ekonomi tengah merundum sekarang? Beli Adun PR? tubuhkan Kerajaan ikut pintu belakang? berkhidmat untuk rakyat ke tu? kenapa Hishamudin tak gugurkan PPSMI yang teruk dipersoalkan dari sistem pendidikan Malaysia?
Akhirnya, sebelum mengeluarkan kenyataan eloklah Hishamudin cermin diri tu dulu. jangan buat malu orang johor je.
BOIKOT BARANGAN YAHUDI, SERIUSKAH KITA?
Sebagai umat Islam adakah kita ingin berdiam diri sahaja dengan semua ini? adakah kita ingin terus membiarkan agama kita ditindas di serata dunia? dimana nilai keimanan kita? adakah iman kita sekarang sekadar membenci dengan hati? sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman. dimana semangat pejuang-pejuang dulu? adakah telah luntur di selimuti keselesaan dunia?
salah satu cara yang dicadangkan untuk kita mengajar pihak yahudi ini adalah dengan memboikot barangan keluaran yahudi dengan harapan apabila kita memboikot barangan yahudi ini, ekonomi mereka akan menjadi lemah dan seterusnya mengurangkan kekuasaan mereka terhadap dunia. Denmark pernah merasai betapa kuasa pembeli Muslim mampu membuatkan meraka gelabah. Gara-gara karikatur yang menghina Nabi Muhammad, seluruh Umat Islam bangun menentang. Apakah tidak boleh dilakukan perkara yang sama ke atas Israel dan sekutunya Amerika?
disini, beberapa persoalan telah ditimbulkan sehingga membantutkan usaha untuk memboikot barangan yahudi ini.
Persoalan yang Pertama:
Amerika adalah kuasa ekonomi dunia,kebanyakan negara-negara Islam menggunakan matawang Dollar dala urusan perdagangan mereka,Amerika juga antara pelabur utama di negara-negara Islam termasuk Malaysia,serta Malaysia juga menjadikan Amerika sebagai antara negara yang membeli barangan Malaysia jika ekonomi Amerika jatuh disebabkan oleh boikot kita maka ekonomi kita juga akan turut menerima padah. sanggupkah kita memboikot kalau negara kita sendiri akan terkesan dengan perkara ini?
Sudah agak lama persoalan ini dimainkan, malangnya tidak ada usaha sedikitpun dari negara-negara Islam untuk menghentikan kebergantungan terhadap Ekonomi Amerika. sampai bila kita ingin menghalalkan pembunuhan demi pembunuhan saudara seislam kita sendiri hanya kerana kepentingan diri kita sendiri. Krisis Israel-Palestin telah tercetus sejak 1940an lagi malangnya sehingga sekarang negara Islam gagal mencapai kata sepakat untuk memperteguhkan ekonomi dikalangan mereka. kebergantungan terhadap Amerika menjadi senjata makan tuan terhadap umat Islam. sampai bila kita akan menggunakan alasan ini untuk tidak memboikot barangan Israel?
Persoalan yang Kedua:
Barangan yang ingin diboikot adalah barangan yang bermutu tinggi dan kebanyakan pekerja yang bekerja disyarikat terbabit juga adalah orang Islam, adakah alternatif lain sekiranya boikot ini dilakukan? apakah nasib pekerja-pekerja Islam ini jika Boikot dilakukan?
sekali lagi persoalan ini sudah agak lama dipersoalkan malangnya tidak ada tindakan susulan yang benar-benar dapat membantu menyelesaikan persoalan ini. akibatnya orang terus-terusan bekerja di Syarikat Yahudi dengan meraka tidak menyedarinya. apa salahnya jika kita mewarwarkan kepada orang Islam yang belum bekerja supaya jangan bekerja disitu dan kepada yang bekerja disitu supaya berhenti cari kerja di tempat lain.jika kita benar-benar ingin memboikot barangan Yahudi itulah caranya. sememangnya diakui kebanyak yang ingin diboikot adalah barangan yang bermutu dan berjenama malahan ada setengahnya tak termampu pun untuk kita beli, tak ada hal pun kalau tak beli kan? barang-barangan yang tidak alternatif mungkin boleh dimaafkan sekiranya kita membelinya juga dengan tujuan untuk memperkuatkan ummat Islam sendiri contohnya barangan komputer dan teknologi terkini tetapi apakah barangan kepenggunaan juga yang ada alternatifnya kita ingin membeli barangan Yahudi juga? ada banyak syarikat-syarikat yang muslim yang menghasilkan produk bermutu, antaranya HPA,Bio-Asli,HALAGEL,MUKMIN,SAFI dan sebagainya. carilah yang halal. bukankah mencari yang Halal itu Fardhu bagi umat Islam?
Akhirnya. Adakah kita masih ingin terus menyokong produk-produk Yahudi. Bantulah Ummat Islam dengan menyokong Ekonomi Ummat Islam. jangan lagi kita bersekongkol dengan Yahudi. Ingatlah tentang kisah seekor burung yang cuba memadam api yang membakar Nabi Ibrahim dengan membawa air dari paruhnya sahaja. walaupun sedikit tetapi burung tersebut tidak ingin menjadi orang yang tidak berbuat apa-apa untuk agamanya.